cool to share

Sunday, July 26, 2009

naufal kecik lagi..

"Adik jangan pegang kat situ".
"Naufal kechik lagi naufal nak pegang shini nanti jatuh..". Saya terpaksa bersetuju dgn jawapannya.


Dulu Naufal menyorok dibelakang pintu...

Hari ini , saya agak terkejut bila Naufal menjerit dari dlm bilik air mengatakan dia sudah buang air besar. Selalunya dia akan minta saya memakaikannya diapers dan menyorok di belakang pintu menyudahkan urusan. Walaupun berkali2 saya ajar menggunakan tandas. macam2 alasan yang diberikan. Tak boleh kuar, tak mahulah...Tapi hari ini entah dari mana courage dia lakukan sendiri di tandas. Hmm agak pantas juga dia belajar mungkin dia selalu intai abangnya sehingga kadang2 terjerit2 suara abangnya memarahi adik. hahahaha..

3 comments:

NORHAYATI BERAHIM said...

shila..naufal berapa tahun ya? Dia kecil lagikan..
Qaisara pergi toilet sendiri sebelum usia dia 3 tahun..he.he..tapi malam masih pakai diapers sbb..banyak sangat buang air kecilnya..

idasm said...

seronok baca kisah anak2 ni yea...

shila said...

kak yati anak2 saya semua lahir hujung tahun. Naufal dah 3 1/2 thn dah. Suppose dah boleh pi toilet sendiri jenuh dah ajarnya .mcm2 alasan. tiba2 pandai lak buat sendiri. Si abang lagi lewat guna toilet dah nak masuk 5 tahun baru pandai...