Bila anak-anak mula bertanya macam-macam, memang seronok melayan tapi bila sudah bermacam-macam naik penat pula melayan dan akhirnya kita jadi geram...
Sabtu yang lepas, semasa saya menyidai kain di luar rumah, Naufal pun akan menyibuk juga .
"Mama! mana bola?" Jerit Naufal di muka pintu.
"Cari bawah meja kat dapur." Jawab saya sambil tangan ligat menyidai kain.
Sekejap dia sudah berada diluar dengan bola biru dan kaki sudah tersarung kasut abangnya Haikal. Bola disepak sesuka hati sehingga terkena pokok2 bunga.
"Mama, ini pokok apa?" Tanya Naufal sambil memegang daun keladi besar .
"Itu pokok keladi".
"Keladi". Naufal mengajuk cakap saya.
"Ini?". "Itu pokok kari".
"Kari. Mama mashak tu ke? Kari shedap yeay". Naufal sudah tergelak2 sambil tepuk tangan.
"Ini mama?". "Oh! itu pokok bunga kertas".
"Macam kertas Ufal (Naufal) tulis ye mama?"
"Haah".
"Kapa (kenapa) kertas ?"
"Nama sahaja bunga kertas".
"Boleh lukis tak?". Naufal merenung saya mengharapkan jawapan yang lebih baik. Tangannya sudah mengetis-getis bunga kertas. Adui pening nak cari jawapan ni. Bila lama saya biarkan soalannya tak berjawab, Naufal sudah bermain tanah . Kakinya tidak berkasut. Akhirnya saya menjerit suruh dia masuk....
Dengan muka tak puas hati dia masuk sambil menghentak2 kaki...
Aduhai.....
5 comments:
shila
naufal pelat ke? Ha..ha..akak suka sungguh budak pelat.cute sangat..
Pertanyaan anak2 memang ada kalanya membosankan. Masa kita sibuk dan letih tu la dia byk tanya.
Tapi di sebalik pertanyaan dan jawapan yang kita berikan tu lah anak2 mengembangkan dan memperluaskan mindanya.
Memang kena sabo le shila...sbb aku mengalami perkara yg sama. Eisya mmg kuat bertanya...tapi jgn sekali kita mmberi jawapan yg palsu/menipu.Nanti fakta tu dia akan ingat sampai bila2.
Wah! psikologi mmg kena tinggi! Bertubi2 soklan diutarakan.
Semoga menjadi ibu yang sabo...yeahhh!
haah kak yati naufal pelat..dlm 2-3 hari tgh rajin membaca alif ba ta..kadang2 tak tahan nak gelak, husband lagi la tak paham apa dia cakap..
wardah... betul tu... tp tula yg sebenarnya challenge pada diri kita... huhuhu anak2 you perempuan maybe soft sikit, anak I agresif n hiper, byk cakap, kuat merajuk, tu yg pening dan penat ...hahaha
shila brp umur naufal?
kdg2 soklan anak2 susah nak jawab..
bila susah sgt, kita pun jwb lah pjg2.. yg kuor dr mulut fikri cuma... ''oooowwwwhh''..ntah dia faham ke tidak..
yg kita ni bila dah letih, mulalah cari point supaya dia tak tanya byk2...
hahaha beul tu kak yong, kadang saya guna bahasa standard lagila takpahm...
Post a Comment