cool to share

Wednesday, September 24, 2008

Terima Kasih.




Bip.. bip.... bip... bertalu-talu bunyi mesej masuk ke telefon Sony Erickson yang baru dibeli mengganti telefon Nokia 6210 yang telah rosak masuk ke dalam lubang tandas. Sambil berjalan masuk ke pejabat , jam ditangan belum menunjukkan pukul 8.00 pagi. Hish! siapa yang mengacau pagi-pagi ni, kepala masih lagi terasa pening lalat kerana tidak cukup tidur malam tadi. Pukul lima pagi sudah kena bangun menyiapkan sahur. Semalam usai mesyuarat dan berbuka puasa di Kuala Lumpur, terus mengikut Boss pulang ke Ipoh. Cermin mata pun masih di atas hidung, gara-gara tidak sempat memakai Contact Lense. Pagi-pagi di pejabat, tiada siap yang melihat . Pujuk hati saya.

Setelah melabuhkan punggung di kerusi yang tidak berapa empuk, saya menekan punat telefon bimbit membuka Inbox. Senyuman melebar kerana semua mesej berupa ucapan tanda ingatan ikhlas dari rakan-rakan seperjuangan. Di yahoo messenger juga rakan-rakan turut mengucapkan ayat-ayat yang sama. Saya panjatkan doa kesyukuran kepada Allah SWT.

Sehingga ke tengahari , hati mula berdetik kenapa tiada mesej dari suami ucapan tanda ingatan. Walaupun terasa sejalur kecewa, namun lekas-lekas dipujuk dengan kesibukan tugas dan kerenah teman-teman pejabat. Kerenah Cik Mul dan Cik Dirah menghibur hati. Dua orang rakan pejabat ini memang pandai mengusik dengan lawak-lawak nakal mereka.

"Ini sapa? Nor..Nor...". Seorang budak Cina lelaki masuk ke bilik tanpa salam atau ketukan, di tangannya ada sejambak bunga dan sebuah beg kertas kecil. Cik Mul dan Cik Dirah sudah tergelak-gelak dan tersengih-sengih.

Ahh terharunya dari suami saya rupanya. Terimakasih abang. Terimakasih jugak buat Ana, Mul, Dirah, Rin , Niza , Long Nis, Kidd yang menghantar ucapan dan hadiah. Thank you guys you are the best.



24hb September 2008

24hb September 2008,

Alhamdulillah, aku bersyukur dan berterima kasih terhadapmu Ya Allah SWT, dengan keredhaanMu yang telah memanjangkan umurku sehingga ke hari ini, Kau jadikan udara untuk ku bernafas, Kau berikanku kesihatan agar aku bisa mencari rezeki , Kau berikan makanan dan minuman yang suci agar mengenyangkan, Kau berikankanku seorang suami untuk melindungi dan mengasihi, Kau kurniakanku zuriat untukku sayangi dan menjadi penyambung warisan ku dunia ini bila ku tiada nanti, Kau berikan pekerjaan yang halal untukku menampung keperluan hidup di dunia sementara ini.

Ya Allah SWT, aku mohon ampun kepadamu Ya Allah, atas dosa-dosaku selama ini, Kau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, Kau murahkanlah rezeki ku dan panjangkanlah umurku dan kedua ibu bapaku Ya Allah. Kau kurniakanlah kesihatan yang baik sehingga matiku, Kau jauhkanlah diriku dari manusia keji yang hasad, Kau kekalkan sahabat taulan yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam bersahabat, Kau lapangkanlah segala urusan ku di dunia dan juga akhirat. Amin..amin Ya Rabbal A'lamin...

Monday, September 22, 2008

Waxing & Threading


Dari jauh kelihatan Kak Ema berjalan berlenggang-lenggok melintas jalan, saya melambai tangan ke arahnya, dari jauh dia sudah tersengih ke arah saya.
Lama juga tidak berjumpa Kak Ema,maklumlah sibuk dengan bisnis MLMnya itu. Walaupun beberapa kali dia memujuk saya menjadi downlinenya, tapi saya menolaknya dengan baik. Bukan tidak mahu memperbaiki ekonomi diri, tapi saya tidak boeh berkompromi dengan masa yang saya miliki. Bekerja di pejabat 9-5.30, hujung minggu adalah hak mutlak keluarga dan membuat kerja rumah .
" Lama tak jumpa Shila, sibuk benar dia ".
Tangan Kak Imah yang dihulur, saya sambut dengan senyuman. Saya menggamit pelayan kedai untuk memesan minuman.
"Ala, biasalahkak, kerja makan gaji seperti saya, mana ada masa nak leisure-leisure macam akak".
"Tulah engkau, akak ajak joint business ,taknak. Akak gerenti kalau orang macam engkau yang buat business ni mesti boleh boom. Engkaukan pandai bergaya, bercakap pun pandai.Bukan banyak modalnya 20 ribu, engkau boleh buat loan".
Saya hanya tersengih, bukan sekali dua Kak Ema menyebut perkara itu kepada saya, dah berpuluh-puluh kali. Membuat hutang yang saya sangat kurang setuju, saya mempunyai komitmen hutang sedia-ada, mana mungkin saya membuat hutang lagi. Suami tidak pernah membantah tetapi berkali-kali dia mengingatkan, kalau buat business sambil bekerja, sampai bila pun tidak akan berjaya. Kita pula banyak hutang, bukan hutang diri sendiri ,tetapi hutang keluarga juga terpaksa kita tanggung. Kak Ema tidak perlu tahu semua masalah itu.

"Wah Kak Ema sejak menjual korset ni semakin langsing dan bergaya, macam anak dara".
Saya mengusik sekadar ingin mengalih topik perbincangan. Sempat juga saya memerhati gaya Kak Ema dari hujung tudung hingga ke kasut tumit tinggi. Beg Bonia versi terkini dan kasut Bonia warna keemasan. Baju kebaya pendek warna hijau pucuk pisang berkain satin corak batik besar-besar. Mengalahkan Mak Datin.Tapi mata saya lama melekat ke atas bibirnya yang kelihatan bermisai. Ah sayang , kulit Kak Ema yang putih menyebabkan misai halusnya amat ketara. Pakai produk jenama mahal, takkan la misai pun tak tahu nak buang. Saya berkata di dalam hati.
"Kak Ema , kalau akak buang bulu halus atas bibir akak tu, mesti akak lebih cantik".
Rungsing mata saya melihatnya, saya terus memberi cadangan.
"Ye ke Shila? Akak tak berapa pandai nak buang bulu-bulu dimuka ni. Suami akak tak bagi kalau akak cukur bulu kening katanya mengubah wajah , haram hukumnya".
"Kak , bukannya saya suruh akak cukur kening akak sampai nipis , akak buang misai akak tu, memiliki misai menyerupai lelaki kan jatuh haram hukumnya. Bulu kening akak dah memang nipis tak perlu cukur pun. Akak pantiskan dengan celak berwarna coklat dengan perlahan sudah memadai".
"Waxing bulu kaki boleh ke Shila?"
Kak Ema menunjukkan betisnya yang berbulu kerinting itu kepada saya.
"Boleh. Kalau panjang itu kena tahan sikitlah kak."
Saya tersengih-sengih , gelihati melihat semangat Kak Ema yang berkobar-kobar itu.

Saya sekadar memberi cadangan. Tak sangka Kak Ema bersetuju . Secara kebetulan petang itu saya memang ingin ke Madhu (nama kedai) untuk membuat threading dan waxing. Saya rasa lebih puas membuang bulu bawah lengan dengan waxing di kedai. Bukan untuk sesiapa! Untuk diri sendiri dan suami kita juga.

Sunday, September 21, 2008

nasi tomato


Hari ini barulah saya berpeluang memasak sesuatu yang lain dari hari-hari biasa. Memang saya suka memasak sementelah saya juga suka makan. Hubby jenis tidak cerewet , dan tidak pernah pun dia meminta-minta agar saya memasak mengikut seleranya. Apa yang ada akan dihabisnya sehingga licin . Waktu yang terbatas kerana kesibukan di pejabat 9.00-5.30 seiap hari, hanya hujung minggu sahaja punya kesempatan untuk menyediakan masakan yang lebih istimewa buat keluarga.
"Cik Pah, aku nak masak nasi tomato hari ini, bagi aku resepi."
"Aku dapat resepi dari sorang kakak kat office aku, dia memang pakar memasak.

Habis waku kerja semalam, saya singgah di Tesco Pengkalan yang baru di buka pada 18hb Sept yang lepas, 5 minit sahaja perjalanan dari rumah saya, untuk membeli bahan-bahan yang saya salin dari Cik Pah tadi. Ramainya orang naik pening kepala dibuatnya. Hari raya semakin menjelang, kelihatan ibubapa sibuk melayan kerenah anak-anak yang pelbagai ragam. Agak sukar mencelah-celah di tengah orang ramai, tapi saya berjaya juga menyelit-nyelit sehingga jumpa barang yang saya perlukan.

Dengan bahan-bahan yang ada saya memasak mengikut petua yang diberi Cik Pah, kalau 3 pot beras, airnya kena 4 1/2 pot dengan saiz pot yang sama. Bukan tidak pernah memasak nasi tomato sebelum ini, tapi hasilnya kerap tidak memuaskan hati saya, mentah! Lauk ayam masak merah, bukan susah. Saya beli sahaja perencah yang telah disediakan Kuah Masak Merah" berharga RM2.59 harga promosi di Tesco.
Alhamdulillah. Hasilnya boleh tahan, malah lebih sedap dari dibeli di pasar Ramadhan, yang kadang-kala saya terkena membeli juadah rasanya ke laut tu!


Friday, September 19, 2008

Berbuka Puasa

Ting!
'Akak jom berbuka kat luar nak tak '?
Ana menghantar cadangan melalui yahoo messenger.
'Good idea. Ke mana ?'
Pantas sahaj jari saya membalas .
'Ana ikut sahaja tak kisah.'
Sesekali mengubah selera apasalahnya. Makan diluar dengan menu yang lebih mewah dari biasa, duit boleh dicari tapi momen itu yang sukar kita jumpai. Lagipun Ana bakal meninggalkan kami semua kerana menerima tawaran menjadi pensyarah di Shah Alam.
" Sorry Puan , bufet penuh. Tempahan mesti dibuat awal seminggu, tapi kalau Puan berhajat juga kami sediakan meja di luar dewan makan." Kedengan suara pekerja hotel di hujung talian, yang cuba memujuk kekecewaan saya.

Akhirnya kami berbuka puasa di Hotel Exelsior. Tidak kurang hebat menunya. Sotong goreng mamak, Rendang Daging, Sayur campur, Daging Lamb Chop, Steambot , Laksa dan lain-lain. Dari berdua, grup kami menjadi enam orang. Mul, Dirah , Edy dan Rin pun turut serta. Apalagi meriah sungguh waktu berbuka pada hari itu. Paling best dapat diskaun kerana salah seorang staf hotel adalah emak saudara Dirah. Itulah dinamakan rezeki.

You all memang best. Tidak rugi berkawan dengan you all.


putus sudah kasih sayang....


Masih jelas diingatan saya bila terkenangkan melapang-lapang mulut Mek Senah menceritakan betapa beruntungnya dia bersuamikan S, sudahlah muda 4 tahun,pandai memasak pulak tu.
"Dia tu perfectionist, nak memasak semua benda kena ada. Peti ais di rumah akak tak pernah kosong. Rajin ke pasar tak perlu akak suruh."
Mek Senah berceria sambil menggoyang-goyangkan tangannya. Kecor air liur saya bila Mek Senah menceritakan bila si suami memasak lauk kegemaran keluarga Daging Masak Lemak Pindang.

"Daging perlu dibakar terlebih dahulu,api tak boleh kuat ,menyalai di atas api yang perlahan kena sabar, suami akak akan kipas perlahan -lahan sehingga daging tu agak garing, lepas tu baru di masak di dalam periuk". Herot -berot mulut Mek Senah menunjukkan cara-cara memasak lauk tersebut dan betapa sedapnya lauk yang dimasak si suaminya itu. Kata Mek Senah , dia sendiri pun tidak masak lauk tersebut, jika ingin makan hanya perlu 'sound' sahaja, pasti hujung minggu terhidang lauk kegemarannya itu.

"Suami akak kalau makan di rumah, lauk-pauk mesti ada at least 4 jenis, walaupun makan berdua.Bukannya apa, kalau 2 jenis lauk sahaja yang ada menunjukkan isterinya seorang yang pemalas." Terkedu saya mendengarnya, baru lauk, belum sayur lagi. Bukan itu sahaja, Mek Senah memasak lauk kegemaran suaminya pula iaitu sambal tumis udang harimau bersama petai. Mek Senah tidak kisah, demi suaminya dia perlu menyingsing lengan baju walaupun ketika itu ada anak kecil yang perlu disusu badan. Kata Mek Senah, suaminya rajin masak daging pindang untuknya, jadi tidak salah dia memasak untuk suaminya pula. Itulah petua rumah tangga yang bahagia. Hmm bertuah badan kau Mek Senah, suami kacak, tinggi dan penyayang dengan anak-anak. Saya pun pernah berjumpa dan berbual-bual dengan suaminya ketika hari keluarga di tempat kerja. Memang seorang yang berketrampilan, rugged macam orang muda, bermulut manis, yelah sesuai dengan kerjayanya dalam bidang pemasaran. Mereka umpama belangkas kerana sering bersama-sama ke mana jua, romantic and loving couple


Dan yang paling saya ingat ialah suaminya suka makan ikan goreng gareng yang hanya di goreng 10-15 minit sebelum makan. Maksudnya, sukakan ikan goreng yang panas-panas dimakan dengan nasi. Selain itu , di dalam hidangan mesti ada pencuci mulut iaitu epal yang 'fresh ' dan mengkal. Harga sebijik mesti tidak kurang dari RM2.50 baru rasanya sedap dan berkualiti tinggi.Di potong apabila usai menjamah nasi tengahari atau malam.
" Akak tak kisah semua tu, isteri kena jaga perut suami kalau kita inginkan jodoh berpanjangan. Suami akak makan banyak manapun,perut tak pernah buncit walaupun anak akak dah 3 orang." "Tapi kak badan kita pun perlu rehat, tu perut akak kelihatan buncit kenapa berkebaya ketat?" Soal saya sekadar berbasa-basi.
"Inilah yang suami akak tengah bisingkan ni, kena usaha turunkan dalam 3 bulan ni, suami akak suka akak berkebaya supaya nampak moden seperti ini."

Mek Senah yang tua 6 tahun tu tersengih-sengih meampakkan giginya yang putih itu.Mek Senah juga tak lokek memberi petua-petua hal ehwal rumahtangga yang kadang-kadang membuat saya tersenyum sorang-sorang bila teringat semula. Banyak perkara yang saya rujuk padanya jika inginkan pendapat dan buah fikiran untuk menyemarakkan hal rumahtangga. Seronok berkawan dengan Mek Senah, dia tak pernah memburuk-burukkan orang lain, cuma saya rasa mual asyik mendengar cerita yang sama mengenai suaminya . Disebabkan tiada pilihan waktu itu, muka Mek Senah terpaksa juga saya hadap.

Tapi baru-baru ini , terkejut beruk saya bila bertemu Mek Senah setelah 2 tahun kami tidak bersua. Raut wajah kelihatan cengkung penuh kemurungan, badannya pula kurus kering dan kelihatan pucat seperti orang sakit dan perut buncitnya hampir tidak kelihatan. Kurus diet ke atau kurus kerana penyakit . Saya mula membuat andaian.
"Akak dah berpisah dengan suami akak. Mak mertua akak sudah carikan jodoh untuk anaknya yang jauh lebih muda dari akak".
Berjurai-jurai air matanya hingga saya pun menangis bersama. Dulu ada juga Mek Senah menyebut ibu mertuanya kurang suka pada Mek Senah kerana lebih tua dan lebih tinggi akademiknya dari anak lelaki kesayangannya itu. Tapi jarang diambil serius. Kini anak-anaknya semua dibawah jagaan Mek Senah . Semuanya bermula bila suaminya inginkan kehidupan seperti orang bujang semula. Mahu lepak dan keluar bersama-sama teman-temannya yan masih bujang. Mahukan kebebasan tanpa isteri perlu mempersoalkan ke mana dan apa yang ilakukannya. Untuk memburukkan lagi keadaan , bila ibu mertuanya masuk campur hal-ehwal rumahtangga.

Aduhai...akhirnya kasih sayang yang pernah diadun dan dicanai selama ini putus jua di tengah jalan,tanpa sebab musabab yang konkrit. Menyesal pula saya tidak ambil pusing menyalin resepi dari Mek Senah masa dahulu, kini nama lauk kegemarannya itu pun pantang disebut, kelak ada yang kena pelempang percuma.


Wednesday, September 17, 2008

BMI




Body Mass Index
Kenapa saya letak BMI dlm salah satu post saya ? Ini adalah kerana agar saya tidak akan lupa formula pengiraannya.Saya bukan seorang yang terlalu obses tentang berat dan bentuk badan, sekadar untuk pengetahuan diri sendiri. Dari segipemakanan pun saya makan semua benda hanya kurangkan minyak dan lemak sahaja. Exercise..hmm i wish i could have more time , seminggu sekali dapat ke senamrobik di padang 'Polo' pun sudah cukup mengujakan saya.


BODY Mass Index (BMI) adalah nilai untuk menentukan sama ada berat badan kita bersesuaian
dengan tinggi seseorang. Kaedah BMI ini adalah standard yang digunakan oleh para doktor
di seluruh dunia.

BMI yang dikira normal adalah di antara 20 hingga 25 BMI. Jika kurang dari 20 bermaksud
anda kurus(underweight) dan jika lebih dari 25 bermaksud anda terlebih berat(overweight)

Contoh pengiraan saya:

Key in berat badan anda.(kg): 55kg
Key in ketinggian anda (meter): 1.62 m

BMI anda ialah : 20.96 iaitu jumlah(55/(1.64*1.64))

Maksudnya you ni: OK. Maintain
So : Alright! Selalu pegi Gym ke? ( heheh jangan jealous )

kaya tapi ..


topik kaya ke , entah bagaimana terlintas di fikiran saya ketika sedang menggoreng mee untuk berbuka tadi, i mean rich , bukan kaya sapu di roti tu. Ramai yang saya kenal orang-orang berada ini mempunyai satu tabiat yang sama iaitu kedekut atau sangat berkira. Bukan saya sengaja membuat kesimpulan ini secara tiba-tiba. Tetapi setelah berjumpa dengan situasi yang hampir sama setiap kali sehingga sukar saya menidakkan perkara itu.

Tahun lepas , dua orang staf mengalami kematian apabila orang tersayang pergi menyahut panggilan Ilahi. Innalillah. Saya sebagai tukang kutip derma di pejabat terus melakukan tanggungjawab dengan tujuan untuk mengurangkan beban keluarga simati setidak-tidak cara itu dapat mengurangkan kesedihan mereka dan sebagai staf menunjukkan rasa prihatin kami. Alhamdulillah yang muslim hampir kebanyakan mendermakan RM10-20, tetapi bila ku ketuk pintu bilik boss, RM5 dihulurkan , agak terkejut tapi ikhlas diterima. Terkejut kerana insan seagama yang tinggal rumah banglo 3 tingkat dan memandu honda stream itu hanya mampu menghulur sebanyak itu, padahal dia adalah 'big boss'. Acapkali juga bercuti ke oversea seperti Europe, South Africa dll. Sedangkan seorang kakak yang berjawatan kerani pun mampu bersedekah RM 20, katanya sedekah ikhlas. Sayu hati saya.

Kejadian yang kedua pula ialah bila kita beraya dirumah saudara yang agak kaya. Biasalah , kami asyik mendengar cerita-ceritanya pergi vacation sana- sini habis beribu-ribu ringgit. Tuah orang. Saya hanya mampu meneguk air liur hatta naik kapal terbang pun tak pernah berpeluang. Waktu usai bertandang, angpau untuk anak-anak bertukar tangan, bukan itu sebenarnya tujuan kita bertandang antara satu sama lain, tetapi secara jujurnya mata saya tidak lepas juga untuk mengintai angpau anak-anak saya yang masing-masing terisi RM1 seorang. Anak-anak saya seperti biasa melonjak riang kerana bukan nilai wang itu yang jadi ukuran, dapat bejalan-jalan pun sudah sesuatu yang menggembirakan. Ah seronoknya menjadi kanak-kanak , tidak perlu merasa kecewa.

Sejak dari itu, agak sukar membuang sikap skeptikal saya terhadap golongan ini. Saya merasa bersyukur kerana teman rapat dan akrab saya boleh 'gu' , kami sekepala, mereka golongan yang kaya juga iaitu kaya dengan budibahasa, kata-kata nasihat, lawak bodoh... dll. Thanks a lot my friends.

Tuesday, September 16, 2008

ramadhan


salam semua, hari ini ramadhan telah melepasi hari yang 16. 16 September adalah hari penubuhan Malaysia, saya malas ambil pusing mengenai politik masakini yang makin complicated. Hari ini juga saya poskan kad raya buat hubby,supaya dia terima di officenya.
Kerja, seperti biasa di awal semester ini, agak sibuk, dengan waktu kerja yang singkat dari 8.30 - 4.30, kadang-kadang terkejar-kejar menyiapkan report yang dikehendaki. Seperti biasa meja saya masih lagi bersepah-sepah . Gambar di sebelah ni di ambil tatkala ramadhan hampir menjenguk.
Masih belum punya masa untuk buat threading and waxing. Bukan cantik untuk diri sahaja , perlu juga cantik untuk orang rumah. Yup maybe this saturday.

jadilah seperti kopi


Kenapa kopi ? kenapa tidak teh atau milo, atau orange jus... hmm sebagai memulakan mukadimah blog saya, saya adalah peminat kopi , i am a coffee drinker... love coffee very much.. saya tidak peduli kopi jenis apa, expresso , cappucino, coffemocha, kopi kampung apa sahaja bisa.. asalkan halal. Saya suka minum kopi dengan kek. Nak tahu kenapa kopi ??


Carrots, Eggs & Coffee Alice Smith
A carrot, an egg, and a cup of coffee...You will never look at a cup of coffee the same way again. A young woman went to her mother and told her abouther life and how things were so hard for her. She did not know how she was going to make it and wanted to give up; she was tired of fighting and struggling. It seemed as one problem was solved, a new one arose. Her mother took her to the kitchen. She filled three pots with water and placed each on a high fire. Soon the pots came to boil. In the first she placed carrots, in the second she placed eggs, and in the last she placed ground coffee beans. She let them sit and boil; without saying a word. In about twenty minutes she turned off the burners. She fished the carrots out and placed them in a bowl. She pulled the eggs out and placed them in a bowl. Then she ladled the coffee out and placed it in a bowl. Turning to her daughter, she asked, "Tell me what you see." "Carrots, eggs, and coffee," she replied. Her mother brought her closer and asked her to feel the carrots. She did and noted that they were soft. The mother then asked the daughter to take an egg and break it. After pulling off the shell, she observed the hardboiled egg.

Finally, the mother asked the daughter to sip the coffee. The daughter smiled as she tasted its rich aroma. The daughter then asked, "What does it mean, mother?" Her mother explained that each of these objects hadfaced the same adversity: boiling water. Each reacted differently. The carrot went in strong, hard, and unrelenting. However, after being subjected to the boiling water, it softened and became weak. The egg had been fragile. Its thin outer shell had protected its liquid interior, but after sitting through the boiling water, its inside became hardened. The ground coffee beans were unique, however. After they were in the boiling water, they had changed the water. 'Which are you?' she asked her daughter. 'When adversity knocks on your door, how do you respond?


Are you a carrot, an egg or a coffee bean? Think of this: Which am I? Am I the carrot that seems strong, but with pain and adversity do I wilt and become soft and lose my strength?


hmm, biarlah saya menjadi kopi, kerana dalam kehidupan kita harus menjadi kopi iaitu pandai mengadaptasi persekitaran,disenangi ramai tidak kira golongan apa sekali pun, saya tidak mahu menjadi carrot berstruktur kuat dan berwarna cantik tetapi akan menjadi lembut dan lembik bila dipanaskan, juga saya tidak akan memilih telur, zahirnya mudah pecah, sukar ditangani jika tidak berhati-hati tetapi bila dipanaskan akan terus berubah menjadi keras.
Ramai wanita diluar sana, yang zahirnya lemah lembut sopan santun, tapi bersikap seperi telor, bila berada dalam situasi yang panas atau sukar menangani masalah, akan berubah menjadi bentuk lain dan menjadi keras. Ada juga wanita yang bersikap seperti carrot, nampak seperti tegas mempertahankan prinsipnya , terlebih yakin , suka berlagak sombong dan meninggi diri tetapi apabila gagal menghadapi masalah dalam hidupnya, beliau menjadi lembik dan lunyai .
Kenapa perlu hipokrit dan pengecut untuk menghadapi apa jua situasi yang sukar, dalam kehidupan tidak perlu kita mencari musuh dan membiarkan masalah kecil berlarutan sehingga menimbulkan suasana tidak selesa. Jadilah diri kita sebenar-benarnya setiap masa dan setiap ketika. Tidak salah berargumentasi sekali- sekala , tetapi salam dan maaf harus dihulur utuk meneutralkannya kembali. Jika masing-masing ingin tetap menjadi telur dan carrot, sampai bila-bila pun isu tidak akan selesai. Salah satu pihak perlu menjadi kopi, dan percayalah individu yang sanggup mengambil peluang menjadi kopi akan lebih dihormati oleh rakan-rakan, walaupun kekhilafan bukan berpunca darinya.
Jadi biarlah saya menjadi kopi, walau sejuk mahupun panas tetap mengeluarkan aroma dan warna yang sama, senang dialirkan ke mana jua tempat dan tujuan. Kepada sesiapa yang tidak boleh menerima kopi, jangan diminum kelak migrain dibuatnya...
Yang pasti coffee dan sepotong cheese cake sudah memadai menjadikan hari saya indah dan ceria......................