Hari ini barulah saya berpeluang memasak sesuatu yang lain dari hari-hari biasa. Memang saya suka memasak sementelah saya juga suka makan. Hubby jenis tidak cerewet , dan tidak pernah pun dia meminta-minta agar saya memasak mengikut seleranya. Apa yang ada akan dihabisnya sehingga licin . Waktu yang terbatas kerana kesibukan di pejabat 9.00-5.30 seiap hari, hanya hujung minggu sahaja punya kesempatan untuk menyediakan masakan yang lebih istimewa buat keluarga.
"Cik Pah, aku nak masak nasi tomato hari ini, bagi aku resepi."
"Aku dapat resepi dari sorang kakak kat office aku, dia memang pakar memasak.
Habis waku kerja semalam, saya singgah di Tesco Pengkalan yang baru di buka pada 18hb Sept yang lepas, 5 minit sahaja perjalanan dari rumah saya, untuk membeli bahan-bahan yang saya salin dari Cik Pah tadi. Ramainya orang naik pening kepala dibuatnya. Hari raya semakin menjelang, kelihatan ibubapa sibuk melayan kerenah anak-anak yang pelbagai ragam. Agak sukar mencelah-celah di tengah orang ramai, tapi saya berjaya juga menyelit-nyelit sehingga jumpa barang yang saya perlukan.
Dengan bahan-bahan yang ada saya memasak mengikut petua yang diberi Cik Pah, kalau 3 pot beras, airnya kena 4 1/2 pot dengan saiz pot yang sama. Bukan tidak pernah memasak nasi tomato sebelum ini, tapi hasilnya kerap tidak memuaskan hati saya, mentah! Lauk ayam masak merah, bukan susah. Saya beli sahaja perencah yang telah disediakan Kuah Masak Merah" berharga RM2.59 harga promosi di Tesco.

Alhamdulillah. Hasilnya boleh tahan, malah lebih sedap dari dibeli di pasar Ramadhan, yang kadang-kala saya terkena membeli juadah rasanya ke laut tu!
No comments:
Post a Comment