Bip.. bip.... bip... bertalu-talu bunyi mesej masuk ke telefon Sony Erickson yang baru dibeli mengganti telefon Nokia 6210 yang telah rosak masuk ke dalam lubang tandas. Sambil berjalan masuk ke pejabat , jam ditangan belum menunjukkan pukul 8.00 pagi. Hish! siapa yang mengacau pagi-pagi ni, kepala masih lagi terasa pening lalat kerana tidak cukup tidur malam tadi. Pukul lima pagi sudah kena bangun menyiapkan sahur. Semalam usai mesyuarat dan berbuka puasa di Kuala Lumpur, terus mengikut Boss pulang ke Ipoh. Cermin mata pun masih di atas hidung, gara-gara tidak sempat memakai Contact Lense. Pagi-pagi di pejabat, tiada siap yang melihat . Pujuk hati saya.
Setelah melabuhkan punggung di kerusi yang tidak berapa empuk, saya menekan punat telefon bimbit membuka Inbox. Senyuman melebar kerana semua mesej berupa ucapan tanda ingatan ikhlas dari rakan-rakan seperjuangan. Di yahoo messenger juga rakan-rakan turut mengucapkan ayat-ayat yang sama. Saya panjatkan doa kesyukuran kepada Allah SWT.
Sehingga ke tengahari , hati mula berdetik kenapa tiada mesej dari suami ucapan tanda ingatan. Walaupun terasa sejalur kecewa, namun lekas-lekas dipujuk dengan kesibukan tugas dan kerenah teman-teman pejabat. Kerenah Cik Mul dan Cik Dirah menghibur hati. Dua orang rakan pejabat ini memang pandai mengusik dengan lawak-lawak nakal mereka.
"Ini sapa? Nor..Nor...". Seorang budak Cina lelaki masuk ke bilik tanpa salam atau ketukan, di tangannya ada sejambak bunga dan sebuah beg kertas kecil. Cik Mul dan Cik Dirah sudah tergelak-gelak dan tersengih-sengih.
Ahh terharunya dari suami saya rupanya. Terimakasih abang. Terimakasih jugak buat Ana, Mul, Dirah, Rin , Niza , Long Nis, Kidd yang menghantar ucapan dan hadiah. Thank you guys you are the best.
No comments:
Post a Comment