cool to share
Friday, September 19, 2008
putus sudah kasih sayang....
Masih jelas diingatan saya bila terkenangkan melapang-lapang mulut Mek Senah menceritakan betapa beruntungnya dia bersuamikan S, sudahlah muda 4 tahun,pandai memasak pulak tu.
"Dia tu perfectionist, nak memasak semua benda kena ada. Peti ais di rumah akak tak pernah kosong. Rajin ke pasar tak perlu akak suruh."
Mek Senah berceria sambil menggoyang-goyangkan tangannya. Kecor air liur saya bila Mek Senah menceritakan bila si suami memasak lauk kegemaran keluarga Daging Masak Lemak Pindang.
"Daging perlu dibakar terlebih dahulu,api tak boleh kuat ,menyalai di atas api yang perlahan kena sabar, suami akak akan kipas perlahan -lahan sehingga daging tu agak garing, lepas tu baru di masak di dalam periuk". Herot -berot mulut Mek Senah menunjukkan cara-cara memasak lauk tersebut dan betapa sedapnya lauk yang dimasak si suaminya itu. Kata Mek Senah , dia sendiri pun tidak masak lauk tersebut, jika ingin makan hanya perlu 'sound' sahaja, pasti hujung minggu terhidang lauk kegemarannya itu.
"Suami akak kalau makan di rumah, lauk-pauk mesti ada at least 4 jenis, walaupun makan berdua.Bukannya apa, kalau 2 jenis lauk sahaja yang ada menunjukkan isterinya seorang yang pemalas." Terkedu saya mendengarnya, baru lauk, belum sayur lagi. Bukan itu sahaja, Mek Senah memasak lauk kegemaran suaminya pula iaitu sambal tumis udang harimau bersama petai. Mek Senah tidak kisah, demi suaminya dia perlu menyingsing lengan baju walaupun ketika itu ada anak kecil yang perlu disusu badan. Kata Mek Senah, suaminya rajin masak daging pindang untuknya, jadi tidak salah dia memasak untuk suaminya pula. Itulah petua rumah tangga yang bahagia. Hmm bertuah badan kau Mek Senah, suami kacak, tinggi dan penyayang dengan anak-anak. Saya pun pernah berjumpa dan berbual-bual dengan suaminya ketika hari keluarga di tempat kerja. Memang seorang yang berketrampilan, rugged macam orang muda, bermulut manis, yelah sesuai dengan kerjayanya dalam bidang pemasaran. Mereka umpama belangkas kerana sering bersama-sama ke mana jua, romantic and loving couple
Dan yang paling saya ingat ialah suaminya suka makan ikan goreng gareng yang hanya di goreng 10-15 minit sebelum makan. Maksudnya, sukakan ikan goreng yang panas-panas dimakan dengan nasi. Selain itu , di dalam hidangan mesti ada pencuci mulut iaitu epal yang 'fresh ' dan mengkal. Harga sebijik mesti tidak kurang dari RM2.50 baru rasanya sedap dan berkualiti tinggi.Di potong apabila usai menjamah nasi tengahari atau malam.
" Akak tak kisah semua tu, isteri kena jaga perut suami kalau kita inginkan jodoh berpanjangan. Suami akak makan banyak manapun,perut tak pernah buncit walaupun anak akak dah 3 orang." "Tapi kak badan kita pun perlu rehat, tu perut akak kelihatan buncit kenapa berkebaya ketat?" Soal saya sekadar berbasa-basi.
"Inilah yang suami akak tengah bisingkan ni, kena usaha turunkan dalam 3 bulan ni, suami akak suka akak berkebaya supaya nampak moden seperti ini."
Mek Senah yang tua 6 tahun tu tersengih-sengih meampakkan giginya yang putih itu.Mek Senah juga tak lokek memberi petua-petua hal ehwal rumahtangga yang kadang-kadang membuat saya tersenyum sorang-sorang bila teringat semula. Banyak perkara yang saya rujuk padanya jika inginkan pendapat dan buah fikiran untuk menyemarakkan hal rumahtangga. Seronok berkawan dengan Mek Senah, dia tak pernah memburuk-burukkan orang lain, cuma saya rasa mual asyik mendengar cerita yang sama mengenai suaminya . Disebabkan tiada pilihan waktu itu, muka Mek Senah terpaksa juga saya hadap.
Tapi baru-baru ini , terkejut beruk saya bila bertemu Mek Senah setelah 2 tahun kami tidak bersua. Raut wajah kelihatan cengkung penuh kemurungan, badannya pula kurus kering dan kelihatan pucat seperti orang sakit dan perut buncitnya hampir tidak kelihatan. Kurus diet ke atau kurus kerana penyakit . Saya mula membuat andaian.
"Akak dah berpisah dengan suami akak. Mak mertua akak sudah carikan jodoh untuk anaknya yang jauh lebih muda dari akak".
Berjurai-jurai air matanya hingga saya pun menangis bersama. Dulu ada juga Mek Senah menyebut ibu mertuanya kurang suka pada Mek Senah kerana lebih tua dan lebih tinggi akademiknya dari anak lelaki kesayangannya itu. Tapi jarang diambil serius. Kini anak-anaknya semua dibawah jagaan Mek Senah . Semuanya bermula bila suaminya inginkan kehidupan seperti orang bujang semula. Mahu lepak dan keluar bersama-sama teman-temannya yan masih bujang. Mahukan kebebasan tanpa isteri perlu mempersoalkan ke mana dan apa yang ilakukannya. Untuk memburukkan lagi keadaan , bila ibu mertuanya masuk campur hal-ehwal rumahtangga.
Aduhai...akhirnya kasih sayang yang pernah diadun dan dicanai selama ini putus jua di tengah jalan,tanpa sebab musabab yang konkrit. Menyesal pula saya tidak ambil pusing menyalin resepi dari Mek Senah masa dahulu, kini nama lauk kegemarannya itu pun pantang disebut, kelak ada yang kena pelempang percuma.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment