cool to share

Monday, September 22, 2008

Waxing & Threading


Dari jauh kelihatan Kak Ema berjalan berlenggang-lenggok melintas jalan, saya melambai tangan ke arahnya, dari jauh dia sudah tersengih ke arah saya.
Lama juga tidak berjumpa Kak Ema,maklumlah sibuk dengan bisnis MLMnya itu. Walaupun beberapa kali dia memujuk saya menjadi downlinenya, tapi saya menolaknya dengan baik. Bukan tidak mahu memperbaiki ekonomi diri, tapi saya tidak boeh berkompromi dengan masa yang saya miliki. Bekerja di pejabat 9-5.30, hujung minggu adalah hak mutlak keluarga dan membuat kerja rumah .
" Lama tak jumpa Shila, sibuk benar dia ".
Tangan Kak Imah yang dihulur, saya sambut dengan senyuman. Saya menggamit pelayan kedai untuk memesan minuman.
"Ala, biasalahkak, kerja makan gaji seperti saya, mana ada masa nak leisure-leisure macam akak".
"Tulah engkau, akak ajak joint business ,taknak. Akak gerenti kalau orang macam engkau yang buat business ni mesti boleh boom. Engkaukan pandai bergaya, bercakap pun pandai.Bukan banyak modalnya 20 ribu, engkau boleh buat loan".
Saya hanya tersengih, bukan sekali dua Kak Ema menyebut perkara itu kepada saya, dah berpuluh-puluh kali. Membuat hutang yang saya sangat kurang setuju, saya mempunyai komitmen hutang sedia-ada, mana mungkin saya membuat hutang lagi. Suami tidak pernah membantah tetapi berkali-kali dia mengingatkan, kalau buat business sambil bekerja, sampai bila pun tidak akan berjaya. Kita pula banyak hutang, bukan hutang diri sendiri ,tetapi hutang keluarga juga terpaksa kita tanggung. Kak Ema tidak perlu tahu semua masalah itu.

"Wah Kak Ema sejak menjual korset ni semakin langsing dan bergaya, macam anak dara".
Saya mengusik sekadar ingin mengalih topik perbincangan. Sempat juga saya memerhati gaya Kak Ema dari hujung tudung hingga ke kasut tumit tinggi. Beg Bonia versi terkini dan kasut Bonia warna keemasan. Baju kebaya pendek warna hijau pucuk pisang berkain satin corak batik besar-besar. Mengalahkan Mak Datin.Tapi mata saya lama melekat ke atas bibirnya yang kelihatan bermisai. Ah sayang , kulit Kak Ema yang putih menyebabkan misai halusnya amat ketara. Pakai produk jenama mahal, takkan la misai pun tak tahu nak buang. Saya berkata di dalam hati.
"Kak Ema , kalau akak buang bulu halus atas bibir akak tu, mesti akak lebih cantik".
Rungsing mata saya melihatnya, saya terus memberi cadangan.
"Ye ke Shila? Akak tak berapa pandai nak buang bulu-bulu dimuka ni. Suami akak tak bagi kalau akak cukur bulu kening katanya mengubah wajah , haram hukumnya".
"Kak , bukannya saya suruh akak cukur kening akak sampai nipis , akak buang misai akak tu, memiliki misai menyerupai lelaki kan jatuh haram hukumnya. Bulu kening akak dah memang nipis tak perlu cukur pun. Akak pantiskan dengan celak berwarna coklat dengan perlahan sudah memadai".
"Waxing bulu kaki boleh ke Shila?"
Kak Ema menunjukkan betisnya yang berbulu kerinting itu kepada saya.
"Boleh. Kalau panjang itu kena tahan sikitlah kak."
Saya tersengih-sengih , gelihati melihat semangat Kak Ema yang berkobar-kobar itu.

Saya sekadar memberi cadangan. Tak sangka Kak Ema bersetuju . Secara kebetulan petang itu saya memang ingin ke Madhu (nama kedai) untuk membuat threading dan waxing. Saya rasa lebih puas membuang bulu bawah lengan dengan waxing di kedai. Bukan untuk sesiapa! Untuk diri sendiri dan suami kita juga.

1 comment:

SOUVENIR KAHWIN~the rory's affection~ said...

hye kak..boleh x kak tlg saya?
saya x pernah wat rawatan threading dan waxing...kat mn and bpe bayaran??? plz..saya nak tau sgt...
tlg reply emel sya plz plz..

norina.mohamad@gmail.com