cool to share

Wednesday, September 17, 2008

kaya tapi ..


topik kaya ke , entah bagaimana terlintas di fikiran saya ketika sedang menggoreng mee untuk berbuka tadi, i mean rich , bukan kaya sapu di roti tu. Ramai yang saya kenal orang-orang berada ini mempunyai satu tabiat yang sama iaitu kedekut atau sangat berkira. Bukan saya sengaja membuat kesimpulan ini secara tiba-tiba. Tetapi setelah berjumpa dengan situasi yang hampir sama setiap kali sehingga sukar saya menidakkan perkara itu.

Tahun lepas , dua orang staf mengalami kematian apabila orang tersayang pergi menyahut panggilan Ilahi. Innalillah. Saya sebagai tukang kutip derma di pejabat terus melakukan tanggungjawab dengan tujuan untuk mengurangkan beban keluarga simati setidak-tidak cara itu dapat mengurangkan kesedihan mereka dan sebagai staf menunjukkan rasa prihatin kami. Alhamdulillah yang muslim hampir kebanyakan mendermakan RM10-20, tetapi bila ku ketuk pintu bilik boss, RM5 dihulurkan , agak terkejut tapi ikhlas diterima. Terkejut kerana insan seagama yang tinggal rumah banglo 3 tingkat dan memandu honda stream itu hanya mampu menghulur sebanyak itu, padahal dia adalah 'big boss'. Acapkali juga bercuti ke oversea seperti Europe, South Africa dll. Sedangkan seorang kakak yang berjawatan kerani pun mampu bersedekah RM 20, katanya sedekah ikhlas. Sayu hati saya.

Kejadian yang kedua pula ialah bila kita beraya dirumah saudara yang agak kaya. Biasalah , kami asyik mendengar cerita-ceritanya pergi vacation sana- sini habis beribu-ribu ringgit. Tuah orang. Saya hanya mampu meneguk air liur hatta naik kapal terbang pun tak pernah berpeluang. Waktu usai bertandang, angpau untuk anak-anak bertukar tangan, bukan itu sebenarnya tujuan kita bertandang antara satu sama lain, tetapi secara jujurnya mata saya tidak lepas juga untuk mengintai angpau anak-anak saya yang masing-masing terisi RM1 seorang. Anak-anak saya seperti biasa melonjak riang kerana bukan nilai wang itu yang jadi ukuran, dapat bejalan-jalan pun sudah sesuatu yang menggembirakan. Ah seronoknya menjadi kanak-kanak , tidak perlu merasa kecewa.

Sejak dari itu, agak sukar membuang sikap skeptikal saya terhadap golongan ini. Saya merasa bersyukur kerana teman rapat dan akrab saya boleh 'gu' , kami sekepala, mereka golongan yang kaya juga iaitu kaya dengan budibahasa, kata-kata nasihat, lawak bodoh... dll. Thanks a lot my friends.

No comments: