cool to share

Tuesday, December 8, 2009

07122009


Tarikh semalam merupakan tarikh keramat buat Haikal. Mana taknya bila tarikh lahir yang ke 7 tahun juga merupakan tarikh berkhatan aka masuk jawi atau paling senang bersunat! Tarikh itu yang paling sesuai dan kosong di klinik berdekatan rumah kami. Keinginan bersunat tu dah lama saya pupukkan dan terangkan pada dia.
"Haikal kena sunat sebab tujuannya ialah untuk kebersihan. Haikal dah jadi budak besar dah tak perlu merengek-rengek atau mengada-ngada macam Naufal."
"Kalau macam tu Haikal nak sunat cepatlah mama."
"Okay kita tunggu cuti sekolah dan lepas raya ".

Bila tiba harinya, Haikal nampak cool. Pulang saja dari pejabat semalam saya bawa Haikal ke klinik Sharina. Semasa menunggu giliran barulah Haikal nampak agk diam dan pucat jugak mukanya. Tambahan pula kawan baiknya Muiz meraung-raung di dalam bilik rawatan semasa sunat dijalankan. Naufal adiknya dan mundar-mandir kat luar dan sekejap2 memeluk saya sekejap2 melompat2. Bila ditanya NAufal nak sunat atau tidak dengan selamba saja dia menjawab , Naufal kecik lagi.
"Tengok ni kecik dan lembik je". Naufal menarik seluarnya dan menunjukkan 'bird'nya pada saya. Kelakar pulak, bila dia beria-ria menunjukkan bahawa dia masih kecil dan tak perlu disunatkan segera.
"Haikal jangan takut tau. Haikal kuat macam kena cucuk kat hospital dan sekolah je . Tak sakit kan?". Haikal angguk. " Tak menangis pun kan?". Haikal angguk lagi.

Bula tiba gilirannya HAikal masuk dengan ayah dan mama tunggu kat luar je lah dengan Naufal. dari luar senyap je. Petanda yang baik. Selepas hampir 15minit semuanya selesai. Alhamdulillah.

Friday, November 20, 2009

sayu..

malam tadi hati saya sayu sesayu sayunya ...seperti biasa naufal dan haikal akan baring disebelah kanan dan kiri saya dan saya akan membaca al fatihah, ayatul kursi dan beberapa surah pendek yang lain sebelum tidur, naufal biasanya minta di tepuk, kadangkala haikal bila dtg mengada-ngadanya juga pinta di peluk dan ditepuk seperti adik . naufal memang suka pinta digaru bila gatal. pinta digosok belakang hingga terlena. tiba-tiba saya terbayang-banyangkan wajah anak-anak yatim di darussalam. terutama yang masih kecil 6-7 tahun yang tidak mengerti apa-apa. mereka seronok dengan kehadiran tetamu yang bersilih ganti dan membawa pelbagai hadiah , namun kegembiraan itu hanyalah sementara. siapakah yang benar2 menyayangi mereka? seperti sayangnya saya pada naufal dan haikal. bila saya membayangkan jika naufal dan haikal berada di tempat mereka , naufal dan haikal juga akan menerima nasib yang sama. senyum bila tetamu sampai , salam cium tangan bila tetamu semua balik. seronok dapat hadiah stationeries atau duit raya. itu sahaja. sumbangan orang ramai tidak pernah putus, hadiah , kain baju pun sudah menimbun. tapi siapa yang sudi memeluk, mencium dan menepuk dan mencurahkan kasih sayang yang hakiki buat mereka? kasihan kan? lihat wajah mereka , mata hanya berkelip-kelip memandang sahaja wajah tetamu satu persatu yang datang dan pergi...mereka tetap di situ. kasihan nasib mereka yang lebih malang dari anak buangan. mereka punya keluarga tapi miskin dan bermasalah. bukan salah mereka. kadangkala anak tak sah taraf yang di jumpa di tepi jalan pun ramai yang ingin jadikan anak angkat dan mendidik sehingga berjaya .... tapi mereka ? ada beberapa pasangan yang terdiri adik -beradik boleh lah si abang atau si kakak memujuk si adik bila menangis. yang berseorangan...sendirilah mengubat lara. jika dilihat waktu makan, si abang akan mengambil nasi atau makanan dari pinggan si adik jika adik tidak mampu menghabiskannya. bila saya bayangkan yang dua beradik itu naufal dan haikal.. hati saya benar2 sayu......

Thursday, November 19, 2009

Anak-Anak Yatim Darussalam


Sebaik sampai kami mendengar taklimat di dewan yang baru siap sumbangan Maip
Kelas English. He is the tallest in the class! Shafiqah is the shortest in this class...
Kelas English. Row row row your boat.. singing time
Menyambut birthday pelajar yang lahir pada November. HAppynya dia kan?
Saya, Mrs Yong, pelajar2 Cosmo dan anak-anak yatim di asrama perempuan

Semalam saya dan rakan office berkesempatan melawat anak-anak yatim Darussalam Tambun Ipoh. Lawatan ini adalah susulan kesinambungan silaturrahim selepasa jamuan majlis hari raya yang lepas. Seronok jugalah dapat bertemu adik-adik atau anak-anak di sana. Kami menyampaikan sedikit sumbangan yang berbentuk keperluan harian . kami telah dipesan jangan sumbang kan beras kerana pemberian dari orang ramai masih banyak lagi takut beras menjadi tak elok bila disimpan terlalu lama. Jadi kami membawa sabun mandi, ubat gigi, berus gigi, pencuci, bedak dan beberapa barang lain. Kehadiran kami hanyalah untuk merapatkan lagi silaturrahim antara pelajar kolej dan anak2 yatim tersebut. Ternyata selepas habis aktiviti dalam kumpulan, saya lihat anak-anak yatim tersebut tidak melepaskan pegangan tangan abang2 dan kakak2 iaitu pelajar2 Diploma dari Cosmopoint Ipoh. Semua anak-anak yatim di sini diwajibkan ke kelas dan belajar di situ dan akan mengambil peperiksaan seperti UPSR dan PMR di sekolah kerajaan. Belajar secara informal di sini terpaksa dibuat kerana kebanyakannya mereka tidak langsung tahu membaca walaupun sudah berumur 10 tahun. Di sini guru-guru sukarela akan datang dan mengajar subject yang serupa di sekolah. Bagi yang tidak tahu membaca , akan di ajar membaca dan mengaji sehingga pandai terlebih dahulu.

Kebanyakan dari mereka ada yang tidak mempunyai ayah atau ibu dan kedua-duanya. Namun ada juga yang mempunyai ibu dan ayah tetapi telah berpisah dan hidup miskin. Mendengar cerita dari Umi dan Ustaz kisah anak-anak tersebut amat sedih sekali. Ada satu pasangan adik-beradik perempuan, si kakak pernah diketuk dengan hammer di kepala sehingga berdarah oleh bapaknya sendiri hanya disebabkan pergaduhan dengan ibunya. Si adik pulak disepak sehingga ke terperosok ke dinding. Mereka masing-masing berumur 15 dan 12 tahun kini. Kasihankan? Ibu terpaksa menghantar mereka tinggal dengan nenek di rumah yang kecil dan dikongsi seramai 7 orang lagi dengan pak cik dan makcik dan sepupu yang lain. Selepas penduduk kampung membuat aduan, akhirnya mereka diambil oleh Darusalam untuk dipelihara. Ini baru satu kisah dari jumlah 26 pelajar
yang lain...

Kena pandang bawah

Hari ini saya terlewat bangun. Salah saya juga bermalas-malasan di tilam padahal alarm dah bunyi banyak kali. Tambahan Haikal tidak ke sekolah hari ini. Ahh lagi la saya rasa relax. Jam menunjukkan pukul 8 pagi . Ahh dah lambat, sebab Naufal perlu ke sekolah tadika pukul 8.30. Saya masih dalam perjalanan tetapi sempat lagi membeli nasi lemak. Macam biasa saya menekan pedal minyak. Membayangkan Naufal perlu mandi dan bersiap dulu di rumah opah , selepas itu baru dihantar ke sekolah lagilah saya ingin cepat sampai. Rumah saya ke rumah opah dalam 20 km. Tapi hari ini kereta saya lembap semacam... Ahh sudah... hubby tak da outstation... tolonglah kereta jangan buat hal..
Saya hanya fokus ke depan. Saya hon kereta duduk di lane kanan tapi lembap macam kura-kura . Geram! Isk bengang betul kalau orang bawak kereta asyik pandang bawah mesti tak cekap bawak kereta lagi.. Tak hafal gear la tu. Getus saya merungut-rungut.
"Bau apa hangit ni?". Saya membuka tingkap sedikit.
"Bau nasi lemak le mama." Haikal menjawab.
"Isk mana ada bau nasi lemak macam ni". Alamak kereta nak rosak ke? Adoi risau saya.
Saya memperlahankan kereta dari 100km/j ke 80km/j tu pun kira slow lah tu..
Sampai rumah opah, barulah saya sedar saya tidak menurunkan hand-brake!!!! Uwaaaaaaaa patutlah hangit. Tulah lain kali kena jugak pandang bawah masa bawak kereta huhhu........

Monday, November 2, 2009

Yang sewaktu dengannya...

Bawak kereta macam semut

Terkemut-kemut

Tertoleh-toleh

Masa pantas aku kena cargas

Kaki asyik menekan brek

Dek kerana kereta depan bergerak seperti Penagih..

Patutla P rupanya

Macamana boleh lulus

Sedangkan keluar simpang jalan terus

Geram rasa nak langgar je ponggong

Tapi karang aku jugak yang melolong

Kena repair bonet depan yang dah canggung

Aku pun lady jugak

Ikut aturan bukan berlagak

Bawak biarlah berhemah

Bukannya bawak dengan lemah

Nak ikut 20km /jam aku jadi lelah

Lampu dah hijau masih pandang bawah

Getik dengan sikap manusia

Ada kereta mewah tapi ada jugak kereta yang biasa-biasa

Dah berbulan keluar tapi seat masih berbalut plastik

Konon nak bagitahu kereta baru beli dan cantik

Katanya biarlah plastik tu koyak sendiri

Itu dasar orang kedekut dan takut nak berbudi

Bagi cuak sesiapa nak menumpang sekaki

Kalu di offer, sorry beb aku tak sudi

Menongkat langit menatang harta dunia

Bukan boleh bawak ke syurga

Baru berharta tapi macam jakun

Jangan di cekuh tentu kena maki hamun

Apa sangat la harta duniawi

Pahala ke akhirat yang patut di cari

Bawak perlahan aku mengantuk

Orang kat depan terlentok-lentok

Isk geram rasa nak hantuk

Dlm kereta pun nak pelok2....

Aku hon kuat-kuat bagi terkujat

Lepas tu aku jeling muka depa kuat-kuat

Nak beromen bukan dalam kereta buat malu muka keluarga

Saja bawak perlahan macam kura-kura...

Nak cepat jadi lambat

Terbayang muka anak terkulat-kulat

Tunggu mama dan ayah yang lambat

Sabarlah sayang harap mama sampai dengan selamat...








Thursday, October 22, 2009

Fikir Yang Buruk Dahulu...

Emak saya selalu berpesan supaya buat apa sekali pun kena fikir buruk dulu. Jangan fikir yang seronok sahaja. Memang saya dengan emak selalu tidak sebulu pendapat . Ada sahaja pandangannya yang saya suka sanggah. Yalah konon kita dah sekolah tinggi-tinggi apalah sangat pandangannya yetak.. hehe saya dulu memang degil dan brutal sikit. Sejak saya tamat belajar , bekerja , mengenali seseorang dan akhirnya berkahwin, semua proses itu saya lalui dengan pelbagai kepahitan, keindahan dan kepayahan. Dari situ saya banyak mengiakan pandangan emak dahulu.

"Kalau nak berkawan jangan pilih laki orang. Hidup merana nanti ." Dalam hati aku sanggah kalu kaya apasalahnya. Hehehe. Tup! tup! berlaku juga dalam hidup aku, tapi part kaya tu tak ada cuma kayap... Adus! Terkena sebijik muka aku padan muka.
"Kalau cari kerja tu cubalah mintak dengan kerajaan . Mintak cikgu pun tak apa. Gaji sikit pun tak per tapi cuti banyak". Dalam hati ku sanggah tak nak mohon kerja kerajaan. Tup!tup! sekarang ini barulah jawatan kerajaan tu jadi rebutan sebab ganjarannya semakin tinggi berbanding dahulu. Huh! padan muka aku sekarang baru nak terhegeh-hegeh. Dulu pernah dapat offer sekali aku tolak.

Banyak lagi lah pengalaman-pengalaman yang buat masa ini saya dah ingat. Kalau saya ingat saya sambung lagi.

Cuma yang saya nak fokuskan sekarang, bila saya dengan anak-anak semakin kerap pula saya fikirkan yang buruk dahulu. Kalau saya singgah sekejap di kedai nak beli roti dan anak-anak di dalam kereta, dahulu masa mereka kecil, saya sanggup gendong dan pimpin anak-anak masuk kedai semata-mata tidak mahu mereka tinggal di dalam kereta. Sekarang , kalau saya berhenti dan perlu keluar samada ke kedai atau nak isi minyak, saya akan lock kereta dan kuncinya saya bawa. Takut orang samun kereta dengan anak-anak saya sekali. Biarlah anak-anak saya kepanasan 5 minit janji anak-anak saya tak hilang . Sekarang pulak Haikal dah pandai bising bila saya lock kereta dan off aircond dan enjin sebab saya nak keluar sekejap. "Mama! Tak payah la tutup. Haikal boleh tekan lock ni. Nanti Haikal bukalah balik bila mama nak masuk ".. Hehehe yetak ye jugak.... maklum lah mama fikirkan yang buruk dahulu....

Wednesday, October 21, 2009

Overwhelmed Mother...

Menonton rancangan Oprah malam tadi mengenai Overwhelmed Mother membuatkan airmata saya mengalir. Kisah seorang wanita yang mempunyai dua anak yang masih kecil dan bekerja di sebuah sekolah sebagai administrator. Kematian anak keduanya sangat tragis hanya kerana kecuaiannya meninggalkan anaknya di dalam kereta kerana terlupa di parking lot selama 8 jam. Anaknya meninggal kerana heatstroke.
http://www.oprah.com/slideshow/oprahshow/20080902_tows_moms/2

Kerana terlupa orang yang tersayang boleh hilang sekelip mata. Saya amat tertarik dengan pendapat dari beberapa penonton rancangan dalam berkongsi pengalaman menjaga anak. Semasa bersama dengan anak terutama baby, fikiran kita hanya perlu fokus kepada mereka. Tidak boleh bersms, berchatting atau membuat perkara yang yang boleh menyebabkan kita terleka. Jadi ibu bukan sahaja perlu bijak, mesti sedar, agresif, dan cepat .

Saya juga pernah mengalami pengalaman yang sama iaitu terlupa atau terleka. Walaupun anak-anak saya sekarang sudah berumur 7 dan 4 tahun, tapi kemalangan itu tidak berbau. Kalau tidak tak adalah tangan Naufal patah sebab jatuh bangku di sekolah huhuhu. Pernah sekali tu Naufal hilang di pasaraya selama 5-7 minit. Hanya kerana kedegilannya tidak mahu memegang tangan dan salah saya juga kerana tidak berkeras. Pada ketika saya dan suami melayan pertanyaan si abang , sekelip mata Naufal tiada di sebelah saya. Itupun sudah cukup membuatkan darah saya kering dan lutut saya longlai. Dalam waktu yang sekejap itu bermacam-macam bermain di dalam fikiran saya
. Rasanya saya memang tidak akan lupa saya dan suami berlari ke sana ke mari mencari dan memanggil namanya! Satu pengajaran buat saya.

Adakah saya overwhelmed? ... aduh tepuk dada tanya selera..

Thursday, October 15, 2009

Meletop!!

Bosan dah tahap gaban dah melayan peel orang yang syok sendiri. Macamana tu? Yelah syok tapi untuk diri sendiri jek. Boleh gitu? Nak buat semua benda tapi nampak sangat untuk kepentingan diri sendiri. So semua kuli, tukang angkat beg atau yang tukang sapu sampah hanyalah sekadar balaci yang digunakan untuk dipijak sebagai laluan karpet merah. Hampes. Orang macam ni pun ada ! Lepas tu boleh pulak memberi nasihat ala-ala alim suruh bersyukur dengan kenikmatan dunia yang diperolehi dan suruh perbandingkan diri dengan orang kutip sampah. Boleh gitu? Engkau yang memberi nasihat hidup senang lenang mengangkang di zon selesa menyuruh orang lain bersyukur dengan rezeki yang ada dan teruskan memerah keringat , tenaga sampai ketiak basah berbau masam dan malah duit yang kadang-kadang telah dibudget untuk beli susu anak terpaksa dikeluarkan demi program yang bertujuan untuk bermuka-muka itu. Yang engkau tahu hanya seronok memberi arahan sambil menggunakan jari telunjuk yang kadang-kadang engkau guna juga mengorek hidung. Urusan engkau, budget pulak perlu ditampung oleh semua orang . Apa kes? Yang bawahan hanya menganga je la demi menjaga periuk nasi. Nak bersuara? Teringat muka anak. Nak mengamuk? Isk teringat pulak wallet yang kering. Nak menggolek terkena nak tergolek pun terkena. Orang bawahan di pandang dengan sebelah mata. Di kerah membabi buta. Ingat!, yang tukang lap cermin dan kasut engkau tu pun ada perasan. Tak perlu ditengking-tengking seperti anjing!

p/s : Ini nukilan rasa yang mungkin telah lama melanar di dalam dada . sedikit luahan bisa meredakan jiwa yang sedang bergelora.........ok go back to work!! Peace No War

Friday, October 9, 2009

Naufal Oh Naufal!!

Muka sedih tunggu keputusan X-ray


Tangan sebelum di simen. Bantal busuk tetap tak tinggal.
Gambar yang telah siap disimen tak sempat snap dah habis bateri


"Burung apa?"
"Burung tupaaai.."
"Burung apa?"
"Burung tupaaai..."
Mama dan ayah sudah gelak mengelekek. Mama hanya membiarkan sebutan tupai itu sebab cute sangat. Hairan macamana murai sudah tukar tupai. Jawapan Naufal memang konfiden dan selamba. Tapi selepas dia di gelakkan oleh Mak Tehnya dan dia mendengar semula iklan tersebut barulah dia menjawab "Burung Muraaai..." Itupun dengan pelat dan susah payah.

Naufal naufal... suka bagi orang ketawa dengan keletahnya , kenakalannya, kedegilannya dan lakonannya. Hmm Naufal memang pandai berlakon kejap-kejap jadi BakuGan, jadi Ben 10 atau jadi ultraman, tu belom lagi ironman... nantilah saya citer kat entri lain...

Semalam, dek kerana kenakalannya, Naufal jatuh kerusi di kelas tadikanya. Kata rakan sekelasnya dia susun kerusi dan melompat-lompat dari ketusi ke kerusi dan entah macam mana dia terjatuh. Saya membayangkan di rumah dia memang selalu melompat dari sofa ke sofa. Jika saya mengangkat rotan (hanger baju) dia akan berhenti sekejap. Bila dia tengok saya ralit kerja saya dia sambung semula... Hmm begitulah juga di sekolah. Memandangkan dia paling kecil , paling cute dan paling nakal , namanya selalu dijerit oleh cikgu supaya diam. Jadinya dialah yang paling popular sebab semua rakan kelas termasuklah ibubapa tau dia. Tapi ibubapa Naufal tak taupun nama rakan2 kelasnya....

"Cikgu Naufal tidur!" jerit kawan sekelasnya memberitahu Cikgu bila Naufal sudah terlentok di kerusi.
"Tak apa biarkan dia tidur".
Hmm agaknya pasal tu lah Cikgu tak nak dia jaga sebab dia memang suka mengacau dan tak reti duduk diam.

"Nak pergi mana ni?" Naufal dah mula takut bila hospital disebut-sebut.
"Nak pergi hospital. Mama nak repair tangan Naufal letak gam supaya tak jatuh."
"Tak nak.".
"Habis tu macamana nak betulkan tangan Naufal?"
"Tangan abang Haikal ada."
"Oo letak tangan abang kat sini tukar dengan Naufal?" Soal ku.
Naufal mengangguk.

Tuesday, October 6, 2009

Ragam Raya

Lebih 7 tahun saya mengenali jiran saya Kak Z. Macam-macam cerita kisah hidupnya yang suka mahupun duka. Dari muda hingga kini lebih 40an. Dari zaman dara ke janda dan kini status berkahwin. Dari rumahnya ada Astro dan tv skrin leper hinggalah tiada. Semua itu dilaluinya dengan penuh ketabahan dan saya yang mendengar hanya berdoa penuh keinsafan dan kesyukuran kerana nasib saya jauh lebih sempurna darinya. Bulan Ramadhan Kak Z bercerita dengan nada sedih yang dia dalam kesusahan kerana suami yang jarang balik kerumah dan tidak mahu mengunjukkan duit belanja semenjak diberhentikan kerja sebagai pemandu lori. Kini suaminya hanya kerja menoreh di kampung dan pulang sekali -sekala membawa beras ,ikan dan sayur utk di masak buat berbuka. Kak Z mengadu juga tentang suaminya yang tidak memberikan duit belanja harian dan belanja sekolah menjadikan saya kasihan dengan anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa, sayu hati saya tambahan pula anak keduanya rajin berpuasa. Saya enak-enak makan lauk sedap-sedap tatkala berbuka tapi apalah yang anak-anaknya makan! Nasib baik baju raya katanya awal-awal dah siap. Bagi kanak-kanak persiapan raya seperti biskut raya itu amat signifikan dengan Aidilfitri. Dua minggu sebelum raya, saya pun membeli mixer, alat penimbang , Majalah Saji dan bahan-bahan membuat kuih dengan kos tak sampai pun RM200. Saya hanya perlukan bantuan tenaga sahaja so kami guna barter sistem. Alhamdulillah projek membuat kuih bersama selesai dan saya rasa puas bila melihat Kak Z dan anak-anaknya sangat gembira. Saya bukan motivator atau kaunselor tapi cuba menjadi pendengar setia masalah Kak Z. Masalah rumahtangga; maaflah saya tak masuk campur! Saya memberikan pelbagai cadangan kepadanya untuk memperbaiki taraf ekonomi. Di suruh menjadi baby sitter alasannya siapalah yang ingin hantar anak padanya! Di suruh bekerja siang, alasannya anak-anak masih kecil, anak yang sulung bersekolah balik pukul 2pm. Di suruh bekerja sebelah malam di kedai dlm taman perumahan katanya habis pukul 11 mlm takut nak berjalan kaki pulang. Tiada kenderaan. Sebenarnya saya turut pening bila memikirkan masalah dirinya yang mana alasan lebih banyak dari idea penyelesaian. Ramai lagi orang yang lebih susah darinya tapi semua perasaan itu saya simpan dalam hati kerana mungkin ini ujian bulan Ramadhan buat saya. Bila disuruh memohon kerja di klinik yang inginkan pembantu alasannya dia sudah tua. Pulak!

Antara masalah Kak Z ialah yuran peperiksaan PMR belum berbayar sebab suaminya tidak mahu tanggung perbelanjaan anak sulung sebab dia anak suami terdahulu. Yuran tadika anak kedua yang mencecah lebih RM700 sebab bersekolah di tadika MMSB , tadika swasta yang berprestij kat situ. Maaflah anak saya pun hanya bertadika Kemas sahaja! Sewa rumah hampir setahun tertunggak. Yang ini susah sikitla nak bantu! Dan hutang mesin jahit tepi 5 bulan tertunggak. Semua ini saya dengar satu-persatu dan telan bersama air liur sendiri..... Otak saya ligat mencari solution. Dia boleh menjahit so ambillah upah jahit. Katanya orang tak tahu, saya printkan signbord kecil dari A4 paper yang berlaminate dan gantungkan didepan rumahnya. Settled. Yuran sekolah anaknya pula, saya berikannya borang bantuan Baitulmal. Settled dapat bantuan segera. Hutang mesin jahit pun alhamdulillah settled dgn bantuan segera Baitulmal juga sebab mesin itu punca dia mencari rezeki. Cuma yang saya perhatikan dia tidak fully utilisekan kemahiran yang dia ada. Sayang. Bila di tanya kenapa tidak dihantar anak keduanya ke tadika Kemas sahaja, alasannya pada waktu itu Kak Z bekerja kontrak dan tidak sangka pula akan ditamatkan perkhidmatan!. Hmm bekerja sebagai cashier kontrak jer! Dalam hati saya . Saya mencadangkan dia mohon bantuan JKM untuk anaknya yang sulung itu. Dah pergi report dan pegawai JKM dah datang rumah . Mereka suggest anak sulung masuk asrama dan semua perbelanjaan akan ditanggung oleh JKM.
JKM boleh terima alasan bapa kandungnya entah ke mana-mana dan tidak bertanggungjawab. Anaknya meraung-raung tak mahu pergi pulak.

Dalam Jumaat lepas, Kak Z muncul lagi didepan rumah saya dengan borang bantuan yang baru. Yang pasti bukan saya yang bagi!
Kak Z tengah berusaha untuk mendapat bantuan membuat rumah di tanah di kampungnya. Maaflah saya kurang arif dan tak dapat nak bantu. Hanya memberi cadangan dan pandangan dan bersikap optimis agar dia terus mencuba mana tahu rezeki anak-anak. Namun saya sering menasihatkannya agar pesan pada anak-anak supaya rajin belajar kerana hanya ilmu sahaja yang boleh mengubah nasib seseorang itu. Saya juga bukan selama-lamaya boleh memberinya ikan hanya menolong setakat yang termampu. Bab-bab lain itu hanya Allah SWT punya kuasa. Yang penting kita harus bersyukur dengan nikmat yang ada dan beringat-ingat ketika senang. Namun tidak salah memberi atau berkongsi kesenangan dengan orang lain yang memerlukan. Kadang-kadang saya tepiskan fikiran jahat saya bila kata hati saya mula berkata-kata yang Kak Z hanya mengada-adakan cerita demi kepentingan sendiri. Saya hanya bertawakal dan optimis serta bersangka baik senantiasa.

Monday, October 5, 2009

Makan-makan...

Kek cokelat special


Rendang daging dalam kuali lagik!


Sabtu lepas, saya buat sikit makan2 utk jiran dan rakan2 . Antara menu nasi tomato & ayam masak merah, rendang daging, nasi impit dan special kek cokelat. Tak plan pun. Bila saya tengok semua makanan dah siap saya pun sms rakan2 dan saya utamakan yang benar-benar berhajat nak datang. Rakan2 lain yang mana rapat dan saya pasti mereka kurang sibuk hehehe. Jiran pula yang berdekatan dengan rumah dalam 3 keluarga. Nama sahaja berjiran saya bukannya tahu pun semua nama, panggil akak-akak jer. Bila dah berkumpul baru ler kenal...

Seronok juga melayan tetamu kecil dan besar dari pukul 5pm hingga ke 9pm. Mana sangka rakan officemate bawak family dari kampung wah meriah terus rumah saya. Saya rasa lebih seronok bila buat makan2 kecil2 macam ni kerana tetamu yang datang tidak ramai pada satu2 masa , tuan rumah pun dapat berbual mesra sambil melayan tetamu makan, hmm saya pun ikut join makan.. Lebih up-close and personal gitu. Macam-macam cerita.Yang kelakarnya bila suami officemate adalah junior universiti dan sealiran dengan suami saya.. Hmmm apalagi bersembang sehingga tetamu tak sempat nak menjamah makanan...hahaha.

Saya jika menghadiri open house ke rumah rakan , biasanya pandai2lah saya bawak diri sebab tuan rumah memang sibuk melayan tetamu yang hadir. Kena ingat bukan diri kita sahaja kenalan mereka. Jadi jangan nak ambil hati jika kita datang hanya salam , makan dan salam semula, bagi duit raya pada anak-anak tuan rumah , dan balik..... Yang menjadi ingatan hanyalah menu kateringnya sahaja.... huhuhu

Friday, October 2, 2009

Bengang

Saya tengah bengang dengan internet bodoh ni... dah berhari2 cuba buka blog tak berjaya . Kat rumah pakai broadband bila malam slow macam siput. Kat opis pulak asyik ada gangguan. Finally pagi tadi dapat bukak and taip post baru.... dah klik save bila refresh............hasilnya tak ada... aaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh bengangggggggggggggggggggg!!!

Aduss sabar sabar sabar.......tangah cari mood utk menulis balik cerita yang sama .... isk isk

Tuesday, September 15, 2009

Kuih raya





Sabtu selepas pulang kerja saya terus dengan rancangan membuat kuih raya. Entah dari mana datang nekad dan semangat walapun kalau difikirkan memang saya sangat penat . Bulan Ramadhan yang mulia ini sememangnya penuh rahmat dan penuh harapan. Undangan membuat kuih bersama dengan jiran di hadapan rumah rupanya disambut baik . Bukan perkongsian duit atau barang-barang, tapi saya hanya minta bantuan kudrat dan setiap kuih di kongsi bersama. Dalam masa 2 hari melihat kuih yang berderet sebanyak 10 jenis tersusun di atas rak menjadikan raya tahun ini lebih bermakna...Di samping kita bergembira jangan lupa pada yang sedih dan berduka. Jiran saya sangat gembira kerana anak2nya dapat menikmati biskut raya penuh meja. Alhamdulillah saya hanya membantu mana yang termampu, sementelah dia jiran yang terdekat . Bila borang mohon bantuan untuk melangsaikan hutang mesin jahitnya di terima, jiran saya menitik airmata. Saya merasa bersyukur.. mungkin berkat bulan Ramadhan mudah pula laluannya.. Saya hanya menyampai borang sahaja. Dengan adanya mesin jahit itu jiran saya tak perlu lagi susah2 hati memberi pelbagai alasan setiap kali lelaki cina datang ingin menarik mesin jahitmya.........

Saturday, August 29, 2009

Bowling 2 Token




Safety kena jaga jugak, tapi bowling tetap nak main hehehhe
p/s Kak yati .. kalu ada qaisara.. mesti leh joint hehhee

Friday, August 28, 2009

Berjaya

"Mama, Haikal puasa hari ini". Dengan bangga Haikal memberitahu saya sebaik saya tiba di rumah Opahnya.
"Wah! bagusnya anak mama." Saya memeluknya.
"Haikal nak pergi Tesco main bowling." Haikal sudah menyarung seliparnya.
Patutlah baru saya teringat semalam saya ada berjanji jika Haikal puasa penuh, mama bawak main bowling ke Tesco. Masa tu saya sekadar berbasa-basi sahaja.
Hahaha.. tak kisahlah asalkan umpan saya mengena. Walaupun bowling yang dimaksudkan hanyalah game bowling yang perlukan 2 token untuk bermain...

Monday, August 24, 2009

Jangan mengharap

Hari ini merupakan hari ke 3, umat Islam berpuasa. Hati saya masih belum puas kerana impian saya untuk melihat anak sulung saya dapat menghabiskan puasa sehari penuh masih gagal. Hari Sabtu, saya bekerja so terpaksalah hantar anak-anak ke rumah mother in law (MIL), sambil berpesan berkali2 pada Haikal supaya bersabar dan bertahan sekurang-kurangnya sehingga mama balik pejabat nanti selepas pukul 3pm. Saya balik agak lewat Sabtu itu kerana ada facial appointment (untuk yang terakhir).

Pukul 4 pm saya sudah sampai rumah MIL, melihat Haikal berpeluh-peluh bermain dan berlari dengan Naufal... hmm sahlah tak puasa. MIL bagitahu saya kasihan tengok Haikal duduk diam dan murung , pasal tu lah opahnya kasihan dan berinya minum. Hmm tak mengapalah... salah saya juga kerana terpaksa bekerja. Malam itu juga MIL telefon suami untuk memastikan Haikal tidak dimarahi oleh saya. Pulak. Kalau saya marah pun untuk mengajar bukan untuk membunuh.. isk

Hari Ahad, macam biasa Haikal seronok bangun sahur dan berpuasa malah mengikut saya ke Kamdar mencari langsir. Berkali-kali pesan supaya jangan berlari-lari nanti penat. So, sepanjang hari itu berbagai-bagai cara saya buat dan pujuk Haikal supaya dia bersabar menahan lapar. Sudahnya pukul 5.00pm, Haikal menangis di paha saya ( tengah mengopek udang di dapur) mengatakan yang dia sangat dahaga. Aduhai .. gagal lagi misi saya.

Sebenarnya Haikal perlukan encouragement dan bimbingan yang betul dan sedikit ketegasn sebab anak lelaki biasalah. Saya beritahu suami tak kisahlah kalau dia tak mampu dan berbuka, tapi kita mesti bimbing dan tengok dia setakat mana yang dia termampu hatta pukul 7 pm sekalipun...

Hari ini, entahlah... cuti sekolah duduk di rumah opah yang sarat dengan kasih sayang yang melampau.... nak tinggal di Nursery.. takut H1N1 pula.... So, saya tidak boleh terlalu mengharap hari ini.

Thursday, August 6, 2009

Roti Jala







Hari ini baru ada kesempatan nak mengepost . Roti jala yang saya first tme buat ikut resepi Kak Yati hahaha

Wednesday, July 29, 2009

si kecil yg peramah....

Semalam selepas mengambil Haikal dari sekolah sayaterus ke Tesco untuk berjumpa rakan. Nak makan laksa shack . Haikal dah tahu dari semalam sangat teruja lah bila nak pergi Tesco. Siap tak bagi saya ambil Naufal dulu dari rumah opahnya kerana kata Haikal adiknya suka lari sana-sini. Hmm gud point jugak susahlah mama nak menyembang ngan member. Haikal kelam kabut kabut menukar baju sekolah dengan baju harian. Terror 5 minit sahaja Haikal sudah siap. ( baju memang ada bekal setiap hari) . Aiseh rupanya selipar pula tetinggal dan meminta saya patah balik ke rumah ambil selipar. "Hish ! jauhlah nak patah balik". Haikal menangis dan melalak walapun saya sudah memaksanya memakai kasut sekolah semula. Dia tetap menangis macam budak kecil. Hee geramnya. Saya ajak dia masuk ke Tesco dan membelikan selipar. Masalahnya dia tak mahu dilihat memakai baju T-shirt dan seluar slack dengan kasut sekolah kotornya itu. Hahahahah...itu pasalah dia melalak! Bila tak ada jalan memujuk , saya belah terus dan Haikal terpaksa mengikut dari belakang sambil menangis hentak2 kaki. Aik sudah lebih dari adik ni...getus hati saya tapi kena sabar. Saya menonong terus ke tempat kasut dan mencari selipar untuk Haikal. Haikal sudah diam tapi matanya merah . Akhirnya dia memilih satu selipar bergambar superman. (Lupa betul nak ambil gambar, kalut punya pasal).

Selepas membayar di kaunter saya terus membongkok dan menukarkan kasut sekolah Haikal dengan selipar. Nampaknya Haikal gembira sangat dapat selipar baru. Pada waktu itulah saya disapa oleh seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 1 tahun yang baru pandai berjalan. Dengan bahasa baby cute sangat. Si Haikal pun agak tergamam juga.

"Iya.. untie tengah pakai selipar abang." Saya menjawab tegurannya bila tangannya mencuit bahu saya.
"blablabla... bahasa baby....." (Sorry lah saya memang tak paham pun)
"Naper... nak ikut untie ke? Untie nak masuk beli barang sikit ..." Sikecil sudah tergelak-gelak. Ibunya memanggil namanya ( ahh tak ingat apa namanya) sambil ayahnya sedang tunggu di belakang saya. Tetapi mata sikecil tetap lekat merenung saya.
Apabila saya berdiri, si kecil terus mengapung2 kan tangannya pinta saya mendukungnya. Hahaha. Dahle cute, chubby , rambut kerinting pula. Manalah saya tak geram. ( lupa jugak ambil gambar)
"Nak ikut untie ke? Nanti mama nangis....sian kat mama." Saya sudah pun mengangkatnya.
"Nak ikut untie yer...untie tak ada anak perempuan tau." Mata sikecil lagi ralit memandang muka saya. Mungkin cuba memahami apa yang saya cakapkan itu. Ibunya cuba mendukungnya tapi si kecil memaling dan merapatkan badannya kepada saya.Cashier-cashier Tesco yang ada kat situ sudah tergelak-gelak melihat kami.
Saya ambil masa sikit bersembang dengan ibunya yang baru mempunyai seorang anak itu. Si kecil itu memang tak takut orang dan over peramah. Saya ingatkan muka saya ada seperti mana-mana saudara rapat mereka. Selepas beberapa ketika saya menyerahkan sikecil pada ibunya walapun si kecil menjerit-jerit.
Hehehehe...
kemudian baru saya kalut-kalut menelefon member yang sudah berjanji ingin bertemu di Laksa Shack

Sunday, July 26, 2009

naufal kecik lagi..

"Adik jangan pegang kat situ".
"Naufal kechik lagi naufal nak pegang shini nanti jatuh..". Saya terpaksa bersetuju dgn jawapannya.


Dulu Naufal menyorok dibelakang pintu...

Hari ini , saya agak terkejut bila Naufal menjerit dari dlm bilik air mengatakan dia sudah buang air besar. Selalunya dia akan minta saya memakaikannya diapers dan menyorok di belakang pintu menyudahkan urusan. Walaupun berkali2 saya ajar menggunakan tandas. macam2 alasan yang diberikan. Tak boleh kuar, tak mahulah...Tapi hari ini entah dari mana courage dia lakukan sendiri di tandas. Hmm agak pantas juga dia belajar mungkin dia selalu intai abangnya sehingga kadang2 terjerit2 suara abangnya memarahi adik. hahahaha..

Thursday, July 23, 2009

macam-macam hal

Bila hujung sekali sekala seronok jugak bwk anak2 makan di luar so kami memilih Ipoh Hainan Chicken Rice.. yg peting sebab ada coffee.. white coffee cold... hmm sedap
Sedapnya nasi ayam , kerabu mangga, taugeh tidak ketinggalan... enjoy the food n the environment.....
.But not this two boys... terlampau excited....

Dah tegur byk kali tak dengar kata... tengoklah depa ni...isk isk... mama tak leh nak control ayu la cam ni.....uhukuhuk ................................................................
Speechless...............

Bila stress part 3







Salah satu cara terapi yang berkesan menghilangkan stress or meroyan.... Mudah sahaja iaitu bercucuk tanam or gardening. Syoknya bila melihat bunga yang kita tanam dan jaga kembang ye tak? Hati kita pun turut rasa kembang. Bukan hati je ,jantung, buah pinggang, dada, pinggul malah lubang hidung pun turut kembang. Serabut pun hilang ...Tak caya? cubalah..

Tuesday, July 21, 2009

Ini pokok apa?

Bila anak-anak mula bertanya macam-macam, memang seronok melayan tapi bila sudah bermacam-macam naik penat pula melayan dan akhirnya kita jadi geram...
Sabtu yang lepas, semasa saya menyidai kain di luar rumah, Naufal pun akan menyibuk juga .
"Mama! mana bola?" Jerit Naufal di muka pintu.
"Cari bawah meja kat dapur." Jawab saya sambil tangan ligat menyidai kain.
Sekejap dia sudah berada diluar dengan bola biru dan kaki sudah tersarung kasut abangnya Haikal. Bola disepak sesuka hati sehingga terkena pokok2 bunga.
"Mama, ini pokok apa?" Tanya Naufal sambil memegang daun keladi besar .
"Itu pokok keladi".
"Keladi". Naufal mengajuk cakap saya.
"Ini?". "Itu pokok kari".
"Kari. Mama mashak tu ke? Kari shedap yeay". Naufal sudah tergelak2 sambil tepuk tangan.
"Ini mama?". "Oh! itu pokok bunga kertas".
"Macam kertas Ufal (Naufal) tulis ye mama?"
"Haah".
"Kapa (kenapa) kertas ?"
"Nama sahaja bunga kertas".
"Boleh lukis tak?". Naufal merenung saya mengharapkan jawapan yang lebih baik. Tangannya sudah mengetis-getis bunga kertas. Adui pening nak cari jawapan ni. Bila lama saya biarkan soalannya tak berjawab, Naufal sudah bermain tanah . Kakinya tidak berkasut. Akhirnya saya menjerit suruh dia masuk....
Dengan muka tak puas hati dia masuk sambil menghentak2 kaki...
Aduhai.....

Tuesday, July 7, 2009

Bila Stress ...Part 2

Saya nak sambung lagi perbincangan topik yang hangat ini. Persoalannya ialah bagaimanakah caranya mengurangkan atau menghilangkan stress. Tidak perlu tahu bagaimana stress itu muncul. Dan saya percaya semua orang ada stress itu. Selalu kita dengar , wanita tidak boleh mengandung sebab stress. Bila kita stress mudahlah penyakit akan datang sebab antibodi merosot. Antaranya migrain, sakit belakang, jerawat , mood hilang, murung , lesu , mengantuk walapun tidur cukup dan paling teruk ialah meroyan. Topik meroyan memang menarik. Antara sebab mengapa bos-bos wanita suka marah tak tentu pasal .. mungkin dia meroyan hehehe.

Saya selalu berurut atau massage jika rasa stress dan badan mula sakit-sakit dan letih. Banyak pilihan sebenarnya samada ingin ke Spa, Butik Kecantikan mahupun secara tradisional bidan kampung. Kalau ke Spa memang la sedap sehingga tertidur sebab dia massage dengan minyak aromaterapi dan gosok-gosok badan kita, tambahan pulak bilik selesa dan berbau harum. Tukang urut pun wanita-wanita muda yang sudah tamat mengambil kursus persijilan dan bidang urutan dan refleksologi. Sekali sebulan rawatan massage boleh melegakan otot-otot dan urat-urat yang tegang selepas penat bekerja.

Pada Sabtu dua minggu yang lepas, saya mengambil keputusan untuk berurut dengan Kak Tipah, seorang wanita lima puluhan yang masih sihat dan kelihatan muda. Pasal itulah gelaran makcik tak sesuai hehehe. Saya rasa Kak Tipah tidak ada Sijil kerana saya hampir 5 tahun saya berurut dengannya ( tidak konsisten ) tidak pernah pula kelihatan Sijil2 itu. Appointment mesti dibuat terlebih dahulu , kalau tidak memang putih mata dan balik sahaja. Tanpa appointment Kak Tipah tak nak layan. Mungkin rezeki saya agaknya masih ada satu kekosongan slot pukul 10pagi Sabtu.

Kak Tipah seperti biasa sambil mengurut saya , mulutnya tidak akan berhenti memberi pelbagai nasihat terutamanya mengenai wanita, atau hal rumahtangga. Baru-baru ini dia memberitahu ramai wanita mengidap meroyan tanpa sedar. Marah , baran , emosional tak tentu hala itu adalah tanda-tanda meroyan . Gulp! alamak. Sambil bercerita tangannya pantas mengurut dan menekan urat-urat menyebabkan saya mengaduh-aduh menahan sakit tapi sedap.

Sambungnya lagi, perempuan meroyan , padahnya sangat teruk sehingga boleh meruntuhkan rumahtangga. Jika ada pasangan yang berjumpa Kak Tipah, Kak Tipah akan nasihatkan suami mesti luangkan masa membelai dan mengusap-usap belakang isteri, sambil baca surah Al-Fatihah dan hembuskan belakang isteri itu. Nasihat yang simple dan praktis itu ialah untuk mengeratkan kemesraan suami isteri sahaja katanya. Katanya lagi meroyan disebabkan kurangnya kasih sayang dan sentuhan suami pada si isteri. Bila kurangnya perhatian dan sentuhan, isteri akan stress. Bila dah stress mula bersangka buruk dengan suami. Bila dah emosional tentu akan bergaduh dan akhirnya bercerai. Saya rasa mungkin betul juga, kalau tidak takkanlah ada kes hanya kerana terlupa beli makan malam isteri boleh bercerai ye tak?

Pesannya lagi isteri yang sudah berpengalaman bersalin jangan malas jaga badan dan bahagian peranakan. Antara sebab dan punca wanita gemuk selepas bersalin ialah tidak mahu menjaga badan dan membiarkan badan menjadi lemak dan gemuk air. Amalkan makan jamu dan herba tradisional. Patutlah badan Kak Tipah slim sahaja.

Apa-apa pun saya sangat berterima kasih pada Kak Tipah walaupun sepanjang sesi urutan saya itu dia 'membebel' tetapi bebelan yang penuh kata nasihat dan ilmu rumahtangga. Walaupun kata-katanya itu kadang-kadang terkena batang hidung sendiri adus!, saya tidak pernah pula berkecil hati dan mengambil iktibar dan teladan dengan petua-petua dan nasihatnya itu. Bukannya mahal pun RM30 sahaja. Urut dapat, petua dan nasihat pun dapat.. yeahhhh

Wah..wah.. jauhnya perbincangan topik bila stress kali ini.....nanti sambung lagi...

Thursday, June 25, 2009

Bila Stress di tempat kerja

Stress dalam kamus oxford - extra force used on sound in speech or music , pressure on an objrct, physical or mental .

Stress ditempat kerja secara keseluruhannya bukanlah fenomena yang baik untuk dijadikan sebagai budaya kerja. Kadang-kadang stress itu perlu untuk menggerakkan kerja agar bergerak lebih jauh tetapi dalam keadaan pushing over the limit boleh menyebabkan suasana kerja menjadi tidak sihat, dan kesannya yang buruk kepada diri kita terutama kesihatan, mental dan fizikal.

Saya pandang kiri kanan wajah-wajah yang saya kenal menunjukkan tanda-tanda stress. Boss bila stress dia kan pastikan anak-anak buahnya termasuk saya pun stress sama supaya mungkin dengan harapan stressnya akan menyusut. Mesyuarat yang semalam pun sangat stress rasanya. Dengan suara pengerusi yang kuat ( yelling and shouting) menjadikan semua participant diam menikus samada memikirkan cara bagaimana untuk mengurangkan volume yang sedia ada. Saya pula hanya meegimpikan remote control yang boleh saya paused atau forwardkan macam cerita 'Click; pulak hehehe.. Pada saya jika mesyuarat yang dipenuhi dengan arahan dan suruh buat itu ini baik tak yah mesyuarat keluar memo lagi senang. Mesyuarat adalah untuk berbincang dan memperolehi kata sepakat demi mencapai objektif yang sama. Lontaran idea dan pemikiran kritis yang penting untuk kita melaksanakan kerja dengan lebih profesional supaya saran dapat dicapai...

Bila saya stress di tempat kerja...
1. Saya akan pastikan mengambil breakfast yang mengenyangkan spt nasi lemak atau mee goreng dgn teh tarik.... perut kenyang kurang stress hehehe
2. Tenangkan diri tarik nafas sambil beristigfar
3. Sms pada kawan yang rapat sekadar meluahkan perasaan dgn sebaris dua ayat
4. Pergi kerja dengan bergaya,baju yang kemas, kasut tinggi tapi selesa, solekan yang complete ( foundation, bedak, eyeshadow, mascara, blusher, lipstick) makeup jgn terlalu over.. sesuai utk pejabat sahaja. Bila kita rasa wajah telah disolek dengan baik, kita akan rasa lebih confident berdepan dengan sesiapa termasuk boss.. Bila kena marah pun kita akan tetap nampak jelita... yeahhh.
5. Colleague akan respect dengan diri kita walapun kena marah openly. Apa yang perlu kita tunjukkan wajah selamba dan tenang kerana wajah orang tengah marah surely buruk hahhaha.. so still I menang kat situ.hehehe. Dan yang pastikan akan terdengarlah sok sek sok sek bercerita yang betapa tidak profesionalnya boss kita itu.
5. Buat joke dengan rakan yang sekepala
6. Pergi cafe kejap minum coffee ice.. ini hanya berlaku bila i boleh masukkan slot ini semasa i tengah sibuk giler.. cth report tu perlu submit lagi 1 jam ...
7. Jenguk FB atau blog rakan sekejap
8. Nyanyi lagu faveret dengan lirik yang betul hehehe.. its help me cool . lagu yang saya tgh dok hafal ialah lagu Love Story by Taylor Swift ...
9. Fikir apa yang kita akan buat selepas habis waktu kerja.. its cooling me down when Im really bengang

sambung lagi.....

Saturday, June 13, 2009

Di zoo Taiping



Semalam, saya akhirnya berpeluang mengambil cuti setelah kereta keluar bengkel. Memandang sekolah akan dibuka lagi 2 hari, so saya tidak becadang pun untuk membawa anak2 jauh berjalan wpun pada awalnya telah plan ingin balik Puchong. So saya dan suami hanya membawa anak2 ke zoo Taiping. Hanya mengambil masa kurang sejam dari Ipoh. Semasa on the way, kereta meragam balik aduii so terpaksalah berhenti sekejap di R&R Sg Perak . Sempatlah budak2 ni main dan saya mengisi perut.
Selepas suami solat Jumaat, akhirnya kami sampai juga ke zoo Taiping wpun terpaksa berhenti 2-3 kali isiair radiator yang panas. Ada hikmah juga bila kami tidak balik ke Puchong, kerana kereta terpaksa masuk bengkel semula .Perjalanan jauh lagi payah. Gambar atas Haikal dan Naufal happy giler dapat naik train.

Posing depan gajah dgn gaya tersendiri. Janji kami semua tak penat sebab round naik train.Wapun cuacamemang terik sebab hampir pukul 2.30 ptg. Tiger pun tidor. Tahun ni je dah 2 kali sampai sini. Anak punya pasal mama n ayah tak kisah. Budget pun kecil hahhahha



Tempat favourite Naufal..kolam ikan yeayy




Wednesday, June 10, 2009

Kalut

2 minggu ni ( 1/6-today) saya benar2 sibuk dan kalut kerana berikut
1. preparation untuk new intake students di kolej - macam2 kena buat dari report yang tah apa2 utk dept saya dan marketing ( tolong sebab Head resign) hinggalah bab2 fotostate
2. Staff Financial Exect saya pulak nak resign hujung bulan ni dan dah buat hand over kat saya huhu banyaknya... hutang student, pinjaman , petty cash , collection dan semua report pasal duit duit duit....sapa nak kerja ni :((
3. internet problem so byk kerja tergendala, sebab semua kerja kena update dalam sistem
4. masuklah pulak sistem baru MBO ( management by objective) saya kena key in dulu utk saya dan anak buah saya utk semua kerja follow JD...
5. aircond dept saya rosak , semua berpanas .. siot betul, baru semalam dapat aircond baru 1.5hp jek jadiler... wpun dept saya tu sepatutnya guna 3hp...
6. kereta saya pulak rosak masuk bengkel sejak last week... adoi.. sib baik ada kereta mak mentua boleh jalan lagi wpun macam nak tercicir enjin dan takder aircond...

Monday, May 25, 2009

ini masa diaorang... nasib kita belom tahu lagi..

Hari ini pabila membuka email saya, saya agak terkejut bila menerima email dari 'rakan baru' yang menghantar gambar suaminya dengan perempuan lain. Minggu lepas hari Rabu, rakan baru yang merupakan seorang isteri mengadu dan menceritakan luahan hati dan perasaan kecewanya terhadap suami yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh, namun curang jua di belakang isteri.Saya sebenarnya amat kagum ketabahan dirinya yang menerima ujian demi ujian dengan sabar dan tabah. Ayat-ayatnya penuh dengan kekecewaan dan kesedihan.

Pelik juga bunyi cerita ini, bila seorang isteri yang tidak mengenali saya dan begitu juga sebaliknya, menolak rasa malu dengan menceritakan segala perbuatan suaminya kepada saya. Sebenarnya saya memang mengenali suaminya sebagai rakan sekerja tetapi tidak berhasrat pun untuk masuk campur dalam urusan rumah tangga orang walaupun tahu tentang cerita kecurangan yang pertama tetapi telahpun kembali kepangkal jalan. Namun ada lagi rupanya rentetan kecurangan itu dengan perempuan lain pula. Saya sememangnya dapat membayangkan perasaan kecewa isterinya yang telah memberi peluang namun peluang itu tidak dihargai suaminya langsung.

Disamping menyuruhnya bersabar dan jangan terus memikirkan jalan terakhir iaitu berpisah, saya menasihatnya dengan memberi beberapa tips kepada wanita tersebut antaranya mula bergaya dan menghias diri sendiri dan jangan terlalu kedekut untuk mengeluarkan sedikit wang utk membeli losyen , powder atau perfume untuk diri sendiri. Saya tahu gaji dan kerjanya yang stabil dlm gomen maka itulah sebab saya menyuruhnya bergaya kerana dia bukannya tak cantek malah lebih cantek jika dirias dari wanita yang suaminya 'flirt'. Walaupun setiap hari baju dan makan minumnya tersedia, jangan lupa suami juga perlu dibelai dan dimanja , sesekali mengurut badannya adalah sesuatu yang paling disukai sang suami.

Sebagai orang luar, saya harus menghargai kepercayaan orang lain kepada saya dan cuba menjadi pendengar terbaik dan memberi motivasi dan harapan setakat yang termampu. Dan yang terpenting tidak menghebahkan cerita keaiban ini kepada orang. Sayang jika pasangan yang masih muda ini gagal mempertahankan rumahtangga mereka yang dibina atas dasar cinta dan dikurniakan 2 anak perempuan yang comel dan kini isterinya itu sarat 7 bulan.

Ini masa diaorang di mana Allah SWT menguji rumahtangga mereka. Sebagai manusia biasa, semua pengalaman buruk orang lain saya jadikan iktibar dan sempadan, di samping memohon kepada Allah SWT agar janganlah saya diuji sebegitu. Namun kita sekadar berusaha dan merancang, di masa hadapan hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.

Kepada wanita diluar sana yang mengalami masalah2 ini saya harap bersabar dan memberi peluang kepada suami agar dia bisa nampak jalan pulang. Janganlah terus-terusan menyerang dan mengherdik mereka , kelak suami yang hampir insaf akan berpaling terus meninggalkan kita.

Friday, May 22, 2009

Bencinya crime...

Tengahari Selasa lepas , salah seorang staf saya kelam kabut ingin keluar kerana ada hal emergency. Walaupun hari itu hari sibuk kerana Final Exam sedang berjalan, saya benarkan juga dia pergi tanpa banyak soal. Sebelah petang barulah staf saya yang lain memberitahu bahawa kembarnya kemalangan dan berada di hospital. Paling memeranjatkan ialah kakaknya itu diserang oleh 4 orang lelaki dan disimbah asid ke muka dan di dalam mulutnya juga turut menjadi sasaran. Aduhai .. kasihannya... sehingga hari ini saya masih tidak boleh membayangkan keadaan gadis itu. Perut terasa kecut dan ngilu jika saya membayangkan perkara itu berlaku di kalangan keluarga kita pula. Traumanya..

Hari Rabu tengahari pula, sekali lagi saya dikejutkan dengan berita pembunuhan di Taman Pinji Seni. Kejamnya dan memang tidak berhati perut. Nak rompak, rompak jelah janganlah sampai berbunuh-bunuh. Rasa disentap2 tali perut bila anaknya lelakinya itu juga turut menjadi mangsa kekejaman lelaki gila itu! Salon Wah Yah yang terletak dihadapan pejabat saya itu memang agak popular. Rakan-rakan sekerja rajin juga ke salonnya. Cuma saya sahaja tidak pernah berkesempatan sebab selalu penuh.

Ya Allah Ya Tuhanku!, Kau lindungilah keluargaku, saudara-maraku, rakan-rakanku dan kepada semua bloggers disini dari sebarang kecelakaan dan perbuatan jahat manusia Ya Allah!

Saturday, May 16, 2009

Cerita Kopi

Masih teringat lagi tahun 2004 , pada waktu itu iada Cofffe -ouse atau kopitiam kecuali di hotl sahaja. Saya dan seorag rakan perempuan mengunjungi sebuah restoran Melayu untuk makan tghari. Hari itu saya ada appointment marketing so, saya dress up 'terlebih sudah'. Berbaju kemeja , berseluar hitam dan kasut bertumit 3 inci. Kalau hari biasa saya lebih suka menyarung sandal. Selepas mengambil nasi dan lauk saya dan rakan mencari meja dan duduk. Sejurus kemudian seorang anak lelaki muda mengambil pesanan minuman.
"Kopi O kaw panas ".
"Kopi O kaw satu?" Tanyanya mengangkat kening dengan wajah yang tersengih.
" Ya!". Jawab saya seraya tersenyum.
"Kenapa? Akak dah biasalah dik minum kopi ."
Adik itu mengangguk lalu pergi.
Kelihatan meja sebelah yang kelihatan seperti pegawai2 kerajaan lelaki dan wanita mengerling ke kopi panas saya sebaik sahaja kopi saya sampai di meja. Hahaha!


Ini teh candu di cafe office saya, di Tesco tu terlupa nak shot


Sebulan lepas, saya ke Food Court Tesco, pada waktu itu saya seorang sahaja kerana suami outstation dan anak belum dijemput lagi dari rumah Opah. Saya mengambil keputusan mengisi perut terlebih dahulu. Saya pergi ke gerai mamak dan mengorder Teh Candu satu. Seorang abang yang sedang menunggu teh tariknya terus memandang saya. Saya hanya tersenyum.
"Nama je teh candu, tapi bukan candulah". Saya terus bersuara ramah memberi info walaupun abang itu tidak bertanya apa-apa pun.
"Oh Inilah rupanya teh candu yer". Tanya abang disebelah saya sebaik sahaja teh saya sampai.
Saya hanya angguk dan mengiyakan.
"Sedap ke?"
"Hmm kena cubalah sendiri".Jawab saya terus berlelu mengambil makanan pula.





Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu

Ada story nak share, hari Khamis lepas.
"Mama ! Haikal nak duit seringgit dua puluh sen nak beli bunga ." Pinta haikal kepada saya yang sedang sibuk memasukkan kain kotor ke dalam mesin basuh.
"Hmm , Haikal nak buat apa?" Tanya saya berbasa-basi.
"Nak beli bunga untuk mama, hari ibu."
Nak tergelak saya rasa, bila anak kecil 7 tahun yang sangat jujur bunyinya.
"Mintak pada ayah okay". Jawab saya menahan gelak.
"Yeah , Haikal ada duit mama." Haikal menunjuk pada saya duit yang ayahnya berikan.
"Hmm , Haikal belilah dua untuk mama dan opah . Opah kan ibu juga." Pancing saya.
"Tak boleh beli dua , beli satu sahaja". Jawapan yang memang pelik dari Haikal. Sejak masuk Darjah satu , setiap kali saya menyuruhnya membeli barang yang sama 2 unit , tak kiralah cokelat ke , pemadam ke untuk adiknya Naufal, Haikal akan menjawab seperti itu.
Hmm. Tak apalah saya tak kisah.
Esoknya, saya outstation dan pulang lewat sedikit dari biasa. Hubby mengambil Naufal di rumah Opah selepas menjemput Haikal di sekolah.
Didalam kereta saya bertanya " Haikal mana bunga"?
"Dah bagi Opah dah". Jawab Haikal selamba.
Saya hanya tersenyum berbangga kerana Haikal jarang mengenepikan Opahnya setiap tahun. Walaupun bunga atau kad untuk saya tiada tahun ini ( tahun sebelumnya Haikal di tadika, akan buat kad comel untuk Hari ibu), tetapi seperti biasa setiap hari, pelukan dan ciuman sudah memadai.

Monday, May 4, 2009

Chinta Naufal...

Muka orang tak bersalah. Hanya menyebut "Shori mama", mood marah yang meluap-luap pun lenyap. Gambar di atas rambut dan dahinya itu dipenuhi minyak baby oil, Naufal menuang minyak hampir setengah botol ke rambutnya dan menyikatnya sendiri. Saya hanya menyedari bila dia muncul dihadapan saya dan bertanya "Cantek tak mama?"
Tadi, sebaik sahaja saya membuka blog Kak Yati, Naufal yang ada duduk di riba saya terus menunjukkan itu buku mama. "Ya! betul". Hmm macam mana la Naufal tak ingat sebab kena marah kerana mengoyakkan buku itu 2 minggu lepas. Aduss

Ini rupa buku tersebut. Mana tak sedih buku tu saya tak sempat habis lagi baca di mukasurat 717-720, renyuk dan koyak rupanya digigit Naufal. Padahal banyal novel saya yang kadang2 saya hanya letak bersepah di sofa tak pula digigitnya. Mungkin novel secondhand, sebab saya rajin ke Novel Hut membeli novel keluaran 2-3 tahun lepas.


Aduhai nak menangis saya bila lihat buku yang saya baru miliki tak sampai 2 bulan koyak dan renyuk 4 helai mukasurat. Nak di tampal separuh lagi entah hilang ke mana. Mungkin saya sudah tervakum. Naufal kenapalah engko gigit buku yang ini? Mungkin dia geram agaknya.....



Wednesday, April 29, 2009

'kampung'

Saya dan Jenab saling memandang dan hampir rasa nak berguling-guling ketawa tetapi terpaksa menahan muka dengan mengatup mulut. Ah! Sukarnya menahan ketawa macam menahan berak pula rasanya. Saya menyiku Jenab agar dia bertenang dan berhenti dari ketawa yang bunyi seperti kentut tak sudah itu. Mana tidaknya badannya sahaja terhinggut-hinggut tetapi tiada bunyi.

Sebaik sahaja bas dalam kampus itu berhenti dihadapan sebuah kolej kediaman, seorang pelajar perempuan perlahan-lahan menaiki anak tangga bas dan berjalan dengan penuh berhati-hati menuju ke tempat duduk kosong di belakang saya. Semua mata memandang ke arahnya dan tumpuan mata menfokus dari atas kepala ke hujung kaki pelajar perempuan tersebut. Dalam hati saya waduh manis sungguh pelajar ini, berambut lurus perang paras bahu, berwajah bulat , berhidung mancung dan bibir merah menyala. Baju kurung cantek terletak dan agak seksi bila kelihatan dadanya yang terbonjol itu. Kecil molek, bertas tangan berjenama dan berkasut tumit tinggi yang hitam yang bertutup. Cepatnya dia menyesuaikan diri di universiti pengurusan yang mementingkan penampilan ala-ala coporate. Mesti budak bandar. Tidak seperti diri saya dahalu yang masih bersandal di tahun pertama. Wah! pelajar junior lebih bergaya dari diri saya yang sudah final year. Kalau beginilah wajah-wajah freshies yang masuk ke UUM tahun ini, alamatnya tak lakulah kakak-kakak senior macam aku nih. Gerutu saya di dalam hati dengan penuh cemburu.

Terdengar usikan dan siulan gatal dari pelajar-pelajar lelaki yang tersengih-sengih ingin mengurat si gadis pingitan tersebut. Gadis itu dengan wajah yang masam dan hidung sedikit ke atas terus melangkah ala-ala model catwalk tapi bertubuh rendah.Hmm saya dapat juga mencari kekurangannya iaitu saya masih jauh lebih tinggi darinya..hehehhe.Saya dan Jenab yang duduk disebelah hanya membatukan diri namun mata masih melekat pada gadis yang manis dan cantek Melayu itu.

"Weh! hang siap dak lagi assignment yang lecturer dok bagi tu? Nak ligan lagu mana ni? Aku sakit perut dua haghi dok ceghet-beghet keluak masuk jamban!"

Satu suara yang kuat dan nyaring betul-betul menganggu bukan sahaja saya dan Jenab malah pelajar-pelajar lain yang sedang dok melayan perasaan masing-masing. Bila saya paling ke belakang, rupa-rupanya suara yang nyaring mengalahkan loudspeaker dengan mengguna loghat ulu kampung yang pekat datang dari mulut muncung merah si minah cantek yang baru naik tadi.

Cis! semua pujian dan perasaan kagum tadi terus padam serta-merta. Betul-betul potong! Saya dan Jenab rasa gelihati yang amat sangat kerana perwatakan yang cantek dan anggun itu tadi terus lenyap dan bertukar menjadi clown yang sangat mengeletek perasaan. Aduhai janganlah 'kampung' sangat dek non oi! Kalau saya jadi boyfriend , lama dah saya tinggalkan! Tak kena gaya sungguh.



Wednesday, April 22, 2009

Kak Norhayati Berahim

Bila tengahari tadi suami menelefon saya yang dia kan ke PWTC hari ini selepas tamat kursusnya di Shah Alam, hati saya melonjak riang. Dalam kepala berkira-kira.

"Abang nanti singgah di kedai NBKara . Belikan Ila novel tau."
"Abang belum bertolak lagi ni masih di hotel".

Aiseh pukul berapa nak perginya, Nanti tak adalah peluang bertemu Kak Yati. Isk ! ada ke Kak Yati hari ini?
Hampir pukul 2.30 ptg saya telefon suami bertanyakan dia di mana. " Abg baru sampai Pwtc. nak pergi makan dulu." Aiseh mesti tak ada penulis lagi tunggu di gerai. Gerutu didalam hati.
Hampir pukul 4.10pm saya telefon suami lagi, betapa seronoknya bila saya mengetahui yang suami kini berada di hadapan gerai NB Kara dan Norhayati Berahim berada di hadapannya sedang bercakap ditelefon dan sedang menandatangani buku yang dibeli oleh orang ramai.
Saya sangat steruja terus meminta suami hulurkan telefonnya kepada Kak Yati.
"Hello asslamulaikum Kak Yati. Ini Shila , Nurashila dari Ipoh."
"Oh! Shila".
"Saya wakilkan suami saya je, saya di office ni di Ipoh." Bla...bla...
Lebih kurang lah perbualan singkat saya sehingga saya rasa entah apa-apa saya cakap saya pun tak ingat. Tanya khabar pun tidak. Hahaha! Yang saya ingat Kak Yati kata "Take care to you too.
Hmm tak sangka Kak Yati yang sibuk itu sudi layan saya di talian telefon, saya wakilkan suami pulak itu. Jika difikirkan balik kelakar pulak, suami yang langsung tak kenal siapa dia Kak Yati dan apatah lagi Kak Yati dah tentu agak sangsi menyambut telefon dari tangan seorang lelaki yang idak dikenali pulak tu...
Apa-apa pun tahniah Kak Yati. Teruskan berkarya. Hasil karya Kak Yati sudah menjadi sebahagian dari cara saya menyelami kehidupan yang saya lalui kini. Watak2 yang ada juga pernah saya ketemui. InsyaAllah, saya doakan Kak Yati sentiasa dikurniakan idea yang kreatif dan terus berkarya.

Jika diizinkan Allah swt, akan sampai juga manuskrip saya ke NBKara...

Sunday, April 19, 2009

Jumaat yg mendebarkan...


Jumaat lepas 17hb April, saya sengaja mengambil cuti dan bercadang ingin balik ke Puchong maklumlah lama tak balik umah mak abah dan anak2pun dan rindu dengan dengan baby Yana dan Kak Yuyunnya. Keesokannya 18hb adalah birthday suami ku yang ke 37, so macam tahun lepas, a basket of fruits akan dihantar ke officenya. Memandang Sabtu hari cuti, so saya delivery date letak tarikh 17hb April. Suami pulak tak beritahu dia mengambil cuti jugak. Aiseh! Tapi dia kata dia ingin singgah ke pejabat untuk mengambil beberapa dokumen di office. Secara kebetulan saya jugak ingin singgah ke office saya utk menandatangani buku laporan pelajar praktikum. Dalam hati berdoa juga agar delivery sampai ketika suami ada di office.Saya telah menelefon sykt delivery itu agar hantar awal sejam dari masa yg telah dirancang. Miss q tokeh kedai pun kata okay . Dlm pukul 930, saya ke Public Mutual untuk menghantar borang, dan kemudian bercadang ke Ipoh Parade utk mencari novel baru.

Semasa dikaunter urusan, suami menelefon dan suara cemas, mengatakan Naufal tengah kejang dan pengsan. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu cemasnya saya, tapi saya control sementara menunggu teller menyelesaikan borang saya. Tetapi suara suami sangat cemas dan panik seolah2 menyuruh saya sampai ketika itu juga.Saya terus memandu laju ke office suami setelah menghantar rakan yang menemani saya ke office semula.

Memang pagi itu badan Naufal agak panas, tapi ubat demam telahpun diberi dan saya juga turut berpesan pada emak mertua agar memberi lagi ubat demam dan basahkan kepalanya macam biasa. Bukan Naufal tak pernah demam , bulan ini sahaja dah 2 kali demam . Disebabkan waktu pagi keluar rumah cuaca agak sejuk , Naufal meminta saya menyarungkan baju sejuknya.

Dalam perjalanan dari Ipoh ke Bt Gajah, saya memberi adik ipar dan mak mertua agar diletakkan ais batu dikepalanya kerana suhu badannya terlalu panas. Mereka memberitahu Naufal dah okay dan menangis. Sebaik sampai ke rumah emak mertua, Naufal sedang menangis, dan badannya memang panas badannya. Kasihan anak mama masih lagi tersarung baju panasnya di dalam pelukan Opahnya. .. Patutlah lagi panas. Rupanya Opah pun ikut menangis bila cucunya kejang-kejang dan panik untuk berbuat apa2.

Saya dan suami terus ke Hospital Batu Gajah, lepas ubat punggung (ubat demam mcm roket masuk ikut dubur) dimasukkan , Naufal terus dihantar ke wad kanak2. Planning nak balik ke Puchong hari itu nampaknya tinggal rancangan sahaja.

Malam tu saya terpaksalah tinggal di wad bersama Naufal. Alhamdulillah badannya stabil walaupun masih demam. Terpaksa share katil kanak2 dengan membengkokkan badan disisi Naufal. Tak apa bersusah2 , saya tak mahu tidur di kerusi malas sebab saya senang meraba badan Naufal dan memeriksa suhu badannya setiap masa. Sebelum suami pulang malam itu , sempat lagi saya mengucapkan Happy Birthday kepadanya....Barulah wajahnya tersenyum hari itu. Pukul 9.00 teh tarik dan burger suami hantar ke wad sebab dia tahu saya lapar.. hehhe

Sabtu , 18.04.09, lepas breakfast, Naufal dah mula terkinja2 ingin bermain. Sebaik turun dari katil dan menyarung selipar dia mula melawat baby di bilik sebelah dan bilik depan dan bertanya itu-ini pada baby dan emak baby. Sehingga saya terpaksa mengawal naufal sebab asyik menganggu dan sesekali mengajuk suara baby yang sedang menangis ketika darah diambil. Bila ada misi lalu, Naufal akan bertanya " Doktor, naufal nak balik?". Misi pun hanya tersengih sahaja sambil menjawab "Tak boleh balik lagi, tunggu baik dulu."
Bosannya agak, saya membawanya keluar dari wad dan berjalan diluar ambil angin. Bukan main seronok lagi dia melihat kolam yang ada tortoise 3 ekor. Pantang saya lepa sikit dia sudah mula berkejaran di atas rumput.

Bila petang ramai pulak yang datang melawatnya Cik Wan (mama Muiz) , Abg Muiz (classmate Haikal), Untie (mama Aqasha), Uncles ( kawan2 suami termasuk daddy Aqasha) , Aqasha (classmate Naufal) dan of course abangnya Haikal.Ada 2 bungkus KFC untuk Naufal (mungkin secara kebetulan sebab kanak2 sukakan KFC, tapi Naufal ni susah sikit ditelah seleranya)Nampaknya mama Naufal lah yang kekenyangan. Apalagi bila budak lelaki bertemu tahu sahajalah bukan boleh duduk diam . Bermain berkejar-kejaran sampai berpeluh lencun. Naufal pun ikut sama sehingga saya tidak terkejar. Sebelah malamnya, Naufal masih lagi aktif dan melawat pesakit baru masuk dihadapan bilik . Baby kembar girl. So , Naufal dengan ramah dan selambanya bertanya itu ini dengan bapa kepada twin tersebut. Saya yang duduk tak jauh dari situ terdengar suara Naufal yang agak kuat "Kapa ada dua?" ( kenapa ada dua). Kasihan dgn bapa twin yang penat melayan Naufal itu. But I appreciate the way he treated my son.

Ahad 19.04.2009, Alhamdulillah suhunya stabil 37.00, so Naufal di benarkan keluar tengahari itu. Yahuu.. sakit pinggang dan tengkuk saya tidur dua malam di hospital kanak2.